الجمعة، تشرين الأول 28، 2005

uLaSaN KeSyUmULaN IsLaM


Alhamdulillah..Allah Subhanahu wata‘ala masih lagi memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya beriman, taat serta patuh pada suruhanNya. Sebelum ini ada teman yang mengadu agak sukar untuk memahami post ana yang ke-2 KESYUMULAN ISLAM. InsyaAllah, pada malam ini Allah memberikan ana peluang untuk mengulas secara ringkas beberapa isi penting yang perlu difahami.

Islam deen – cara hidup – hidup yang sempurna, meliputi setiap aspek kehidupan. Islam adalah deenulhaq, kerana ia bukan ciptaan atau rekaan manusia yang singkat aqalnya, yang tidak mampu hidup, melainkan dengan oksigen anugerah Allah. Ia deen samawi, yang datang daripada Pencipta untuk ciptaanNya, untuk dijadikan panduan kehidupan.

Oleh itu, segenap aspek kehidupan kita perlulah islami, ya’ni mengikut landasan yang telah ditetapkan syara’. Kita tidak boleh mengambil sebahagian atau sejuzu^ daripada Islam. Contohnya:
1) Hanya menunaikan solah, disamping itu melakukan larangan Allah seperti minum arak.
2) Melaksanakan hukum nikah kahwin dan meninggalkan hukum hudud, bahkan mencipta undang-undang lain yang difikirkan sesuai berdasarkan aqal mereka.

Seluruh kehidupan kita mestilah melebihi tingkat minima yang ditetapkan oleh Islam, dalam semua perkara. Tingkat minima Islam ialah peringkat harus, iaitu meninggal segala yang haram dan melaksanakan yang wajib. Sebagai contoh: dalam perniagaan atau jual beli...riba adalah haram, maka wajib meninggalkannya.

Untuk menghayati syumulnya Islam, maka tiap-tiap individu mestilah melalui proses tarbiyyah Islamiyyah Imaniyyah – iaitu tarbiyyah keimanan yang boleh melahirkan natijah amalan Islam. Maka setiap individu perlulah mencari murabbi (pendidik) atau teman soleh yang dapat membantu kita memahami dan mengamalkan Islam secara syumul.

Apabila kita melaksanakan Islam secara sempurna, maka akan lahirlah individu-individu muslim yang beraklaq yang melambangkan syakhsiyyah Islamiyyah yang sebenar. Keadaan ini akan mewujudkan suatu suasana yang soleh..yang menjadi contoh tauladan kepada individu lain. Semua ini sebenarnya akan membentuk kefahaman dan kesedaran Islam (wa’yul Islami) yang sebenar. Maka akan lahir selepas itu masyarakat Islam dan seterusnya daulah Islam, insyaAllah.

Hakikatnya, Islam itu dibina atas dasar yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah subhanahu wata'ala, amalan-amalan muslim itu perlulah berdasarkan nilaian Allah; bukan berdasarkan nilaian aqal fikiran yang singkat.

Ana harap ulasan ringkas ini dapat membantu ikhwah dan akhawat untuk memahami artikel yg sebelum ini...insyaAllah

FaSa tErAkHiR RaMaDHaN


nampaknya ramadhan semakin meninggalkan kita...sedihkah kita dengan pemergiannya??? hanya tinggal beberapa hari lagi...peluang kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah ta'ala... marilah merebutnya..kerana kita dijadikan untuk mengabdikan diri padaNya..

jangan kita menyibukkan diri dgn persiapan 'eid..kebanyakan manusia sibuk dgn langsirnya..bajunya...apa nak pakai raya nanti yer?? langsir ni nak kena tukar baru ni??? janganlah kita membazirkan harta kita dgn membelanjakannya berlebihan... bukankah di sana ada insan yang lebih memerlukan??? di pakistan...mangsa gempa bumi..acheh..mangsa tsunami.. dan banyak lagi...mungkin jiran kita lebih memerlukan..sanak-saudara kita yg kurang pendapatannya... cukuplah jika kita membeli sepasang baju baru...jika baju yg lama masih elok...berpada dgn yang itu...

tak elok ker kalau kita pakai baju lama?? orang pandang serong ker pada kita?? biarkan..jika manusia menganggap begitu...endahkannya... keperluan saudara-saudara kita di sana lebih utama... keredhaan Allah lebih utama dr redha manusia...ganjaranNya lebih besar, lebih hebat, lebih mahal, lebih segala-galanya dari ganjaran manusia....

الاثنين، تشرين الأول 24، 2005

FaSa TeRAkHiR RaMaDhAn


berlalu pergi hari-hari ramadhan..waktu-waktu indah buat mukmin yg menjaga taqwanya, menjaga hati, pandangan, lidah dan seluruh jasadnya untuk tunduk dan patuh hanya kepada Allah semata-mata...

kini telah kita sedang melalui saat-saat terakhir kita bersama ramadhan kali ini... bagaimanakah ramadhan kita? marilah merebut saat-saat akhir ramadhan ini dengan penuh penyerahan diri kepada Rabbul 'Izzati... sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah... membaca ayat-ayat Allah...

inginkah kita merasai ni'mat syurga yang disediakan untuk kekasih-kekasihNya? bukankah ni'mat syurga itu tiada tandingannya? ia bukan khayalan..dan juga bukan fatamorgana...

takutkah kita pada azab-azabNya yang amat pedih yang sedia menanti makhluk yang mengkufuri dan menyekutuiNya? pasti kita merasa peritnya kepanasan api dunia... bagaimanakah pula api neraka..yang berjuta2 kali ganda panasnya..?

Ya Allah... Ramadhan mereka (sahabat) amat bermakna... berikanlah kami kekuatan untuk mengikut langkah kekasih-kekasihMu...yang berjihad di siang hari...bermunajat kepada Mu di waktu dini hari...

الأربعاء، تشرين الأول 19، 2005

SedEtiK... sEjeNAk



Hari-hari berlalu...Masa terus bergerak menurut aturan Ilahi. Malangnya insan sering lupa pada diri. Lupa pada Pencipta. Hidup terus berpandukan ilah khayalan, hakiki pada pandangan mereka. Diri yang bernama pelupa sering lupa dan lalai. Mengapa diri sering lupa?


Diri lupa bila hati terleka. Leka pada Yang Esa. Leka dengan kesibukan duniawi yang mengaburi hakikat ukhrawi. Umpama musafir di sahara yang kehausan, dahagakan titisan air yang melegakan keletihan. Nun di sana kelihatan wadi yang dipenuhi air, tanaman yang subur. Bila dicapai, tiada yang digapai, kerana ia fatamorgana. Musafir beriman pasti terus mencari bekalannya, berusaha, bertawakal dan berdoa. Sumber bekalannya AlQuran dan AsSunnah.


Ramadhan baginya suatu bekalan. Suatu peluang yang ternilai buatnya. Satu pemberian, rahmah dari Ar-Rahman. Diri yang sering lupa akan berusaha mencari taqwa yang akan membantunya. Akan berusaha mempertingkatkan amalan, berusaha..dan terus berusaha... Itulah tugas hamba. Hamba pada Yang Esa hanya perlu berusaha, beramal mengikut suruhanNya. Sentiasa merindukan cintaNya, kasihNya, rahmahNya. Yang Esa tidak memerlukan apa-apa balasan. Hamba yang memerlukanNya. Hamba diberi kebebasan dengan dianugerahkan aqal dan AlQuran serta RasulNya. Maka, hargailah anugerahNya...

الجمعة، تشرين الأول 14، 2005

FASA KE-2 RAMADHAN

ALHAMDULILLAH...kini telah masuk fasa ke-2 di dalam bulan Ramadhan. Bagaimanakah kita? Bagaimana dgn fasa pertama yg telah berlalu? apa yg penting, siapa yg mengejar kasih rahmah Allah pasti menerimanya. Selangkah kita mengejar rahmah, rahmah itu datang seribu langkah menghampiri kita. Di waktu inilah pintu-pintu syurga terbuka luas untuk hamba-hambaNya..dibuka pintu taubat yang sememangnya terbuka luas utk hamba-hambaNya bertaubat sebelum terlambat...

Fasa ke-2 ini, maghfirah Ilahi sentiasa menanti hati-hati yang bersedia untuk menerima hidayahNya..bersediakah kita untuk menerima nur Allah dgn hati yg lapang, penuh rasa kesedaran dan keinsafan?

Ramadhan sememangnya bulan ibadah..tamrin..latihan..bagi hati untuk tunduk kepada Allah..latihan lidah untuk tidak berbicara, melainkan yg benar..bicara zikrullah. latihan ghaddul basar (tunduk pandangan)..agar mata ini terhindar dari azab api yg membakar...inilah tarbiyyah ruhiyyah...sememangnya ramadhan penuh dgn tabiyyah imaniyyah ruhiyyah...mendidik hati manusia..iman manusia...mendidik hati untuk taat pada perintahNya..melakukan suruhanNya..meninggalkan laranganNya...

Rabbighfirlana wa liwalidina..warhamhum kama rabbauna soghira...

الأحد، تشرين الأول 09، 2005

UKHUWWAH..RAMADHAN..

ramadhan...ni'mat..masyaAllah..tak terhingga... di waktu ramadhan golongan yg terpinggir di dalam masyarakat...fakir miskin..anak yatim..wanita2 yg kematian suami mereka..merasai kasih sayang Allah yg tak terhingga..rahmahNya..melalui tangan2 yg menghulurkan bantuan... tak lupa juga penuntut2 ilmu Allah yg menerima bantuan dr aliran sungai rahmah...

Rasulullah di waktu ramadhan bagaikan air yg mengalir dlm menghulurkan sedekah..ya Allah..di manakah kita di saat saudara2 kita memerlukan bantuan...

diri ni pula..sering merasa keberatan..malu...bila nak bantu org...kengkadang rasa kaku...tak tau nak buat apa..mcm baru ni teman serumah sakit..demam...terasa kaku nak membantu..rasa kesian jer kat hati ni...tangan tu berat jer nak picit2 ker..buatkan bubur ker...mungkin rasa kasih pada akh tersebut masih belum kukuh...

ni baru teman serumah..yg sama2 mkn sekali..mengaji sekali...program bersama..mcm mana pula dgn muslim yg jauh dr mata?..yg susah mcm di palestin..iraq..kasymir..? ya Allah.. memang hidup perlu terus bermuhasabah..bermujahadah.. beristiqamah.. muraqabah.. ikhlas.. taqwa...

dengan erti kata lain kita perlu terus istiqamah dgn tarbiyyah islamiyyah harakiyyah...yg meliputi segenap aspek kehidupan... teruskan dengan tarbiyyah... dgn datangnya ramadhan... latihan tarbiyyah lebih padat dan ganjarannya besar...marilah kita merebut peluang ini...kerana di sana kematian sering menunggu kehidupan... anda mati...seperti mana anda ditidurkan...tiada lagi peluang setelah kematian.....

الخميس، تشرين الأول 06، 2005

RAMADHAN II

Ramadhan...kini kita berada di bulan yang mulia ini.. ramai insan bercita-cita untuk memanfaatkan ramadhan.. mari kita khatam Quran..mari kita solat tarawih di masjid.. mari kita iftar jama'ei.. ahh..alangkah indahnya ramadhan...

jika pada kebiasaan hari..manusia ke sana ke mari...menjelang senja masih berkeliaran membeli belah di sana-sini..tak kira lelaki atau perempuan... bila ramdhan suasana lengang.. masing-masing pulang ke rumah untuk berbuka... pasar-pasar...jalan menjadi lengang tiada lagi insan yang berkeliaran..inilah suasana di bumi syam ini..

berlainan pula suasana di tanah air... ana masih ingat lagi lakaran kartun di majalah Dunia Islam (kalau tak silap ana) seorang penumpang teksi (wanita) bertudung di bulan ramadhan... bila ramadhan berlalu..di mana tudungnya?

begitulah insan...sepatutnya ramadhan menjadi pusat perhentian setahun sekali untuk mengambil bekalan-bekalan iman dan taqwa...bekalan ini akan digunakan sepanjang tahun sehingga bertemu dgn ramadhan yang akan datang...

manusia; terutamanya muslim...di mana-mana sahaja...keadaan mereka tetap sama...pasti di sana ada yang bertaqwa...ada yang leka...ada yang lalai...tak kiralah dia tu arab ke..melayu ke..inggeris ke... hakikatnya tetap sama... sesiapa yg beriman dan bertaqwa, merekalah yang beruntung.. dan sebaliknya; jika mengambil Islam secara juz^i atau ambil yang mana sesuai mengikut hawa nafsu mereka...inilah golongan yang rugi...

buat teman-teman..tak lupa juga diri ini, marilah kita menjadi ramadhan seolah2 ia adalah ramadhan terakhir buat kita...adakah kita merasakan kita mampu hidup hingga keesokan hari? marilah kita mencari keredhaanNya...mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan... inilah peluang yang Allah berikan buat kita... amalan pada hari itu lebih baik dari ganjaran amalan yg dilakukan selama 1000 bulan..agaknya seribu bulan tu berapa tahun? cubalah kita congak...

semoga Allah merahmati kehidupan kita dan meredhainya...