الجمعة، أيار ١٩، ٢٠٠٦

Di BAwAH nAuNGaN aL-QuRaN


Assalamu'alaikum waramatullahi wabarakatuh...

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian...

Alhamdulillah, Allah memberi kita ni'mat yang tak terhingga dan tak terhitung oleh 'aqal manusia. Alhamdulillah, Allah beri kita peluang untuk terus bersama Islam dan Iman yang telah dianugerahkan kepada kita. kita masih dihidupkan dalam keadaan kita masih beriman kepada Allah SWT. Semua ni'mat yang diberikan kepada kita, semuanya untuk kebaikan diri kita. Ni'mat ini semua tak mendatangkan sebarang faedah pun kepada Zat Allah SWT. Jika kita menyukuri ni'mat Allah, maka kita yang mendapat ganjaran bersyukur tersebut. Ganjaran tersebut kembali kepada kita. Begitu sayangnya Allah kepada kita. Dilimpahkan kepada kita ni'mat yang banyak. Kemudian kita dihujani dengan ganjaran dunia dan akhirat apabila mensyukuri ni'mmat tersebut dengan meng'abdikan diri kepada Allah semata-mata. Hakikatnya kita amat berhajatkan kepada kasih Allah, rahmatNya, hidayahNya, redhaNya, 'inayahNya dan mendambakan segala-galanya daripada Rabbil 'Izzah.

Jika anda menganggap dengan penuh keyakinan bahawa anda adalah da'eyan IlaLLAh, maka menjadi suatu keperluan dan kewajipan untuk sentiasa memastikan diri sentiasa berada di bawah naungan Al-Quran, KalamuLLah.

Mari kita lihat generasi sahabat yang begitu hebat, yang begitu unik, mendapat pujian langit dan bumi. Allah rafa'kan martabat mereka di kalangan manusia sekalian 'alam di atas pengorbanan dan kerja-kerja serta sumbangan yang telah mereka hulurkan untuk deen Allah yang suci ini. Mengapakah mereka sampai ke tahap ini? Sehingga mereka sentiasa disebut setiap insan yang membaca Al-Quran, walaupun insan yang membaca itu tidak mengerti isi kandungan yang dibacanya itu. Mengapa mereka darjat mereka begitu tinggi berbanding kita kita beradah di anak tangga yang terbawah ?! Persoalan ini pasti timbul di benak jiwa muslim yang sensitif dengan deennya, yang sentiasa mengejar ma'a~li (ketinggian), yang berlumba-lumba menggapai cinta Allah.

Hakikatnya mereka sampai ke tahap ini di atas beberapa perkara yang tersirat dan tersurat. Ciri-ciri keistimewaan tersebut ialah:

1. Mereka mengambil dan menerima Al-Quran daripada Rasulullah SAW secara langsung (direct). Jadi al-quran turun dalam kehidupan mereka. Turun untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rasulullah SAW juga berada di hadapan mata kepala mereka sebagai tempat rujukan. Berbanding dengan kita, tiada lagi Rasul sebagai tempat mengadu masalah. Yang ada hanyalah khazanah sabda baginda serta Firman Yang Maha Esa. Maka, menjadi kewajiban kita mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan dan nadi kehidupan.

2. Mereka mengamalkan segala pelajaran yang mereka terima daripada Rasulullah SAW satu persatu sehingga tertunai segala tuntutan ilmu tersebut dengan amalan mereka. Walaupun peringatan yang mereka terima daripada Al-Quran atau daripada Rasulullah SAW itu hanya dua tiga patah perkataan, mereka ber'amal dengannya. Cuba lihat diri kita? Adakah kita beramal dengan ilmu yang kita pelajari? Sedarkah kita, salah satu tuntutan ilmu ke atas kita ialah amal!

3. Apabila mereka menerima NuruLLAh, deen Islam sebagai cara hidup@way of life, mereka tinggal segala karat jahiliyyah di belakang mereka. Tidak lagi menoleh ke belakang, teragak-agak untuk meninggalkannya kerana rasa sayang kepada jahiliyyah tersebut. Bahkan mereka membencinya umpama perasaan membenci diri jika dilontarkan ke dalam neraka. Benci yang teramat. Tak tergambar kebenciannya dek kerutan seribu di muka. Andai berkerut sejuta pun takkan terbayang betapa dalamnya kebencian di lubuk hati. Kita pula masih bermanis muka dengan jahiliyyah, sayang tak terkata. Kalau boleh dipeluk dan dicium jahiliyyah itu, nescaya dipeluk dan dicium tak terkata. Beginikah muslim?

4. Mereka tidak bertolak ansur dengan kebatilan. Aqidah LailaillaLLAh terpahat di sanubari, terpancar di pelusuk tubuh. Takkan mampu batil menggoncang kekukuhan pasak iman mereka. Tidak bersekutu dengan kebatilan. Bertuhankan Yang Esa, bukan yang punya anak dan bapa. Tidak bertuhankan toghut, kerna ketaatan pada toghut satu kesyirikan. Hawa nafsu juga bukan ikutan. Kita pula sering mengambil jalan tengah dengan mencampurkan kedua-duanya, yang hakikatnya tidak boleh dicampurkan. Hakikatnya kita telah membelakangi hak atau kebenaran itu.

Berdasarkan ciri-ciri ini atau sifat-sifat ini, kita perlu kembali muhasabah diri. Mengingatkan kembali hakikat kebenaran dan hakikat pembawa kebenaran. Kembalilah kepada Allah. Jaga Hubungan Dengan Allah (HDA). Amal Kerana Allah (AKA).
Wallahu a'lam...

السبت، أيار ٠٦، ٢٠٠٦

MENGAKHIRATKAN DUNIA


Masa terus berlalu meninggalkan kita. Ia pergi tanpa menunggu dan menanti kita untuk berlari beriringan bersamanya, kerana dia tak memerlukan kita. Hakikatnya kita sebenarnya yang memerlukan masa, kerana masa itu adalah kehidupan.

Hidup di dunia fatamorgana ini memang memenatkan. Walaupun manusia itu sebenarnya sentiasa berusaha mencari kebahagian. Ada yang fikir wang punca kebahagian. Golongan remaja... orang muda pula merasakan kehangatan cinta kekasih... couple.. berpacaran... boyfriend... girlfriend... satu kebahagian cinta sebenar. Ada pula yang menganggap bermain... bersukan... main bola... street soccer... piala dunia... satu keseronokan dan kebahagian.

Kita semua ingin kecapi kebahagian. Bukankah anda juga mencarinya? Semua orang berusaha mencapai kebahagian... keseronokan.. kecemerlangan... kegemilangan... kebanggaan... dan berbagai-bagai lagi kexxxxxan... tak lupa juga yang mencari cinta....

Benarkah ini semua kebahagian, keseronokan, ketenangan, cinta, kasih... yang sebenarnya...? yang hakiki...?

Bukankah kita ini hamba Al-Ahad? Hamba yang bertuhankan Yang Satu.. tiada sekutu selainNya. Pernahkah kita berfikir seronoknya bermain bola... hangatnya api cinta yang sentiasa membara.... cemerlangnya kita dalam pelajaran....bangga dengan kereta mewah lagi canggih hanyalah SIA-SIA!!! APABILA KITA TIDAK MENGAKHIRATKANNYA.....

Bagaimana kita nak mengakhiratkan segala keseronokan, kebanggaan, kebahagian...tadi? Tahukah anda? Atau anda buat-buat tak tahu? Tak ambil peduli?

Hakikatnya segala macam keadaan tadi perlu dan wajib diakhiratkan. Wang yang dicari dengan titik peluh keringat tadi menjadi bermakna apabila bersumberkan yang halal...dibelanjakan pada tempat yang halal...Pencarian wang sumber rezeki itu kerana Allah SWT. Ia juga disalurkan pada jalan Allah...disumbangkan dan dikorbankan pada kerja-kerja Islam.. 'amal Islami... yang dapat melahirkan manusia berperibadi muslim... masyarakat muslim... sehingga tertegaknya KalimatulHaq di muka bumi ini. Bukan sedikit atau banyak yang dinilai... tetapi dengan kadar kemampuan dan penuh keikhlasan.

Begitu juga dengan cinta. Kehangatan cinta Ilahi setinggi-tinggi martabat cinta. Cinta itu juga bersumberkan Al-'Iz bukan cinta nafsu.... kehangatan cinta ini melahirkan 'abid yang sentiasa tunduk pada firman Kekasihnya. Api cinta itu membara dalam amalan dan tindakannya. Amalannya sentiasa berlandaskan firman dan sabda. Kehidupannya tulus ikhlas... beramal kerana Allah... Pada jalan Allah... untuk Allah... untuk Islam. Pabila dia mencintai manusia, dia kasih dan cinta kerana Allah. Mencintai kekasih-kekasih Allah. Mencintai zaujah solehah - bukan teman wanita - kerana dia tunduk pada firman Kekasihdan sabda utusan. Mencintainya kerana ketaatannya. Kasih pada teman, sahabat kerana mereka bersamanya dalam ketaatan, sedih dan gembira dalam perjuangan deen Kekasih. Sungguh luas pembahasan cinta ini.

Bagaimana pula dengan bermain... bersukan... bola sepak...? segala permainan ini bermakna dan mencapai keseronokan sebenar apabila ia bermain kerana Allah...untuk menjaga kesihatannya agar sentiasa aktif meng'abdikan diri padaNya. Bermain bersama teman dengan penuh mahabbah dan kasih sayang serta berakhlak, bukan kutuk-mengutuk dan kata-mengata. Sebaliknya sentiasa mengingatkan teman akan Allah... permainannya mengeratkan lagi ukhuwwah dan mahabbah, bukannya merenggangkan jurang yang telah sedia ada. Sebaliknya jurang tersebut menjadi semakin dekat. Hati semakin sayang. Bukan semakin benci. Apabila bermain, dia semakin mengenali peribadi teman sepermainan, semakin memahami hati budi saudara se'aqidahnya. Suka ketawanya penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Itulah hakikat kebahagian, ketenangan, cinta, kasih-sayang, keseronokan dan segala perasaan lain walaupun ia perasaan yang negatif pada nilaian sesetengah manusia. Semuanya menjadi amat bermakna dan berfaedah lagi bermanfaat, apabila ia berlandaskan iman, Islam, juga taqwa; apabila ia berlandaskan firman dan sabda; ia lahir dari kedua-duanya. Juga bermatlamatkan kedua-duanya.

الخميس، أيار ٠٤، ٢٠٠٦

PeRiNgAtAn BuAt DiRi

salam buat teman2

hidup manusia memang sementara...sekejap jer... tapi kita ni (manusia) sering lupa bahawa kita akan mati...mgkn tak sedar... tapi mmg mudah lupa...

apa yg perlu kita lakukan ialah mengetahui matlamat kehidupan kt dunia ni...then berusaha utk mencapai matlamat tersebut...

seorang muslim pastinya bermatlamatkan akhirat.. itulah matlamat sebenar....mereka mengetahui bahawa di sana ada kehidupan lain...kehidupan yg kekal abadi... kehidupan penentuan... sama ada azab atau ni'mah... dua pilihan tiada pilihan ketiga..marilah berusaha mendapat ni'mah bukan 'azab...

berkawanlah dengan teman2 yg sama2 mencari kebahagian akhirat yg abadi...sentiasalah kita muhasabah diri...and minta teman2 nasihatkan kita... kita perlu mendengar nasihat mereka...dan pertimbangkan baik buruknya... then ambil yg baik...

kehidupan perlu diteruskan dgn penuh rasa keinsafan, kesedaran, keimanan... sentiasa berusaha mengekalkan Hubungan Dengan Allah (HDA) yg berterusan... Amal Kerana Allah (AKA) yang tak putus-putus...

Semoga amalan kita diredhai dan diberkatiNya...

ALLAHU GHAYATUNA
ARRASULU ZA'IMUNA
ALQURANU DUSTURUNA
ALJIHADU SABILUNA
ALMAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA