الأربعاء، تشرين الثاني ٠٢، ٢٠٠٥

'iDuLFiTRi...

Assalamu'alaikum buat teman-teman yang membaca blog ana ini. Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi membaca blog ana ni. Ntah siapalah yang sudi baca blog macam ni. :)

Ramadhan kini telah berlalu...kini tiba syawal...ia pergi bersama fadhilat-fadhilatnya...pergi meninggalkan kita...akan bertemu lagikah kita dgn anugerah ini???

Janganlah kita hanya giat beribadah di dalam bulan Ramadhan sahaja...sesungguhnya Allah yang kita sembah di bulan ramadhan adalah Allah yang sama di bulan-bulan yang lain... kenapa kita hanya taat dan patuh kepadaNya di bulan mubarak ini???

Natijah atau hasil/kesan ramadhan dapat dilihat selepas ramadhan. Kiranya kita masih istiqamah dgn ibadah kita dan amalan kita, bermakna ramadhan telah meninggalkan kesan yang baik ke atas kita. Sememangnya individu sebegini amat beruntung..insyaAllah di dunia dan di akhirat.

Semoga tetap istiqamah dengan Islam kita anuti..kita istiqamah dengan program-program tarbiyyah...program yang mendidik jiwa untuk patuh kepada Allah subhanahu wa ta'ala secara total...

Sempena 'idul fitri ni ana ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

TaqabbalaLLahu to'atakum, kullu 'amin wa antum bi alfi khair.

هناك تعليق واحد:

Sufi is me يقول...

assalamualaikum..

teruskan juga istiqamah dalam menulis.. "jangan dirisaukan siapa yang akan membaca," itu antara komen yg ana sendiri terima.. sedikit sebanyak komen ni memberi semangat utk istiqamah..

ma'an najah.. wassalam.