‏إظهار الرسائل ذات التسميات Bicara Hati. إظهار كافة الرسائل
‏إظهار الرسائل ذات التسميات Bicara Hati. إظهار كافة الرسائل

الثلاثاء، آذار ٠٣، ٢٠٠٩

BeRteMu KeMbALi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah. Wassolatu wassalmu 'ala rasulillah...

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun ana tidak menukilkan apa yang tersemat di sanubari ini, Allah masih memberikan lagi kekuatan untuk terus melakukan 'amal yang tidak seberapa ini, jika dibandingkan dengan 'amal para sahabat yang berjuang di zaman permulaan Islam. 

Alhamdulillah. Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Walaupun mereka sering lupa dan lalai untuk sentiasa mengingatiNya. Apabila kita lalai, Dia masih lagi memberi kita peluang untuk kembali mengingatiNya. Oleh itu, wahai teman-teman, janganlah kita melepaskan peluang untuk kembali mengingatiNya di setiap ketika, di mana-mana sahaja, di kala lapang dan sempit, di kala sihat dan sakit, di kala gembira dan sedih. Janganlah kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Awas, ajal akan datang menerpa di kala saat kita tidak menjangkanya!

Inilah peringatan buat diri ini, agar terus-menerus mengingatiNya dan memperbaiki kelemahan diri. Kerana kerja-kerja untuk membangunkan ummah di kala ummah sedang tidur lena dibuai mimpi-mimpi dunia, amatlah banyak. Semoga Allah memberikan kita kekuatan, kesabaran, ketabahan, dan ketetapan hati untuk kekal di atas jalan yang penuh mehnah ini.

Semoga Allah mempertemukan kita kembali.

Wassalam.

Abu 'Abdillah
07031430H
Dimasyq

الثلاثاء، أيار ٠٨، ٢٠٠٧

MeNeRuSKaN LaNgKaH...

BismiLLahir Rahmanir Rahim...

Rumah tangga muslim merupakan suatu tahap dan lanjutan daripada peribadi muslim. Di mana baitul muslim ini dibina atas dasar Iman dan Islam. Bagi da'ie, ia adalah Baitud Da'wah, kerana melaluinya berlakulah 'amaliyyah taurithud da'wah (perwarisan da'wah). Bahkan baitnya menjadi salah satu kekuatan yang menyokong da'wahnya.

Tidakkah kita melihat Rasulullah SallaLLahu 'alaihi wasallam? Begitu agungnya perngorbanan dan sokongan yang diberikan oleh Sayyidah Khadijah. Beliau menjadi tulang belakang da'wah baginda tatkala baginda dihina, dicaci, dan dibenci oleh kuffar Quraisy. Begitu besarnya peranan isteri serta keluarga bagi seorang da'ie.

Silalah anda baca artikel ini:

Moga kita terus melangkah menuju ridho Ilahi dengan meneruskan tahapan pembinaan ummah melalui pernikahan yang dibina atas jalan da'wah.

Sudahkah anda bersedia?
BismiLLahi, tawakkalna 'alaLLah...

السبت، آذار ١٧، ٢٠٠٧

MaSaLaH & PeNyELeSAiaN

Banyak sungguh masalah manusia hari ini. Ditoleh ke kiri nampak si A. Ditoleh ke kanan muncul si B. Maju setapak amat berat. Undur, jangan sekali! Akhirnya ku dongak ke langit. Ya, di situ penyelesaiannya. Dari langit, ku selami sanubari. Lautan penyelesaian kurenangi.

Sungguh manusia gigih mencari penyelesaian. Benarkah penyelesaian itu suatu penyelesaian yang pasti? Yang pasti akan menyelesaikan masalah dari akar umbinya, bukan sekadar mencantas dedaun dan buahnya yang berduri? Adakah racun yang mendatangkan penyakit itu hanya berpunca dari racun yang disembur pada dedaun semata? Atau racun itu lahir dari tanah yang menyebabkan penyakit itu berakar umbi dan sebati dengan jasad dan jiwa pohon itu? Persoalan ini sewajarnya muncul di benak sanubari insan yang sedar akan situasi umatnya.

Cuba kita fikir. Kita andaikan; siapakah racun? Hebatkah racun itu? Adakah racun itu hasil penemuan terbaru umat manusia? Aidskah ia? Kanserkah ia? Fikir dan soal.

Akhirnya, kau pasti temui identitinya. Ia jelas dan nyata. Ubatnya amatlah mujarab lagi ma'ruf, bagai gajah di depan mata, bukan semut di seberang lautan. Nah! Bukalah helaian-helaian suci itu. Perhatikan kalam-kalam langit itu. Renungi ungkapan-ungkapan abadi itu. Pasti kau kan temui jawapannya!

Rabbana a~tina fiddunya hasanah, wa fil A~khirati hasanah, wa qina 'azabannar....

السبت، تشرين الأول ١٤، ٢٠٠٦

LaHazHot....

Assalamualaikum...
Maaf buat teman-teman... ana tak berkesempatan menisi blog ni dengan perkara yg berfaedah...
Hakikatnya apabila kita menulis atau mengatakan tentang sesuatu.. sewajibnya kata-kata selari dengan amalan...
Apabila jari-jemari ini mengetuk suis-suis papan kekunci..mengeluarkan kata-kata tanpa suara... hati amat berharap pada amalan...
Bila ana muhasabah...merujuk...melihat kembali catatan-catatan suatu ketika dahulu.. hati terdetik.. beginikah aku? seolah-olah terasa apa yg dilahirkan terkadang lahir daripada perasaan pada ketika itu.. mungkin ketika itu hati amat berhajat kepada yg tinggi.. hajat dan harapan yg tinggi menuju Ilahi...
Mungkin di suatu ketika, terasa amat berat untuk melahirkan rasa hati... kerana dirasakan rasa hati itu tidak selari dengan rasa iman... kerasa perasaan keimanan terpancar melalui pancaindera yang lima... Fenomena kemerosotan iman melanda? Satu persoalan muncul...
Walau bagaimana pun, perjalanan menuju Ilahi perlu diteruskan... bekalan sentiasa dicari... dibeli dengan harga yang mahal... kerana tujuan dan matlamat amat tinggi nilainya...
Di sini... ana selitkan sedikit tentang saudara kita yg berjuang untuk Islam..tidak mencari kemasyhuran dunia..hakikatnya bekerja secara senyap..akan tetapi amat berkesan..dan memberi bantuan yang amat besar kepada kaum muslimin...
Cuba anda survey tentang peribadi ini... suatu ketika dahulu websitenya dapat kita lihat.. untuk kita mengetahui perjalanan hidupnya serta sumbangannya kepada Islam... sekarang tiada lagi... kerana telah digodam....
InnaLLaha Toyyibin La yaqbalu Illa Toyyuiba....

الثلاثاء، حزيران ٠٦، ٢٠٠٦

Sesungguhnya ada dua macam cinta yang tak dapat menyatu;
Cinta Allah dan cinta kemaksiatan. Cinta Jihad dan cinta kehidupan. Cinta pengorbanan dan cinta harta kekayaan. Cinta kebenaran dan cinta kepemimpinan. Cinta perdamaian dan cinta untuk membalas dendam. Cinta perbaikan “ishlah” dan cinta keselamatan. Cinta perjuangan dan cinta untuk hidup berleha-leha. Cinta keadilan dan cinta penghambaan. Cinta rakyat dan cinta thogut. Cinta untuk senantiasa berbuat baik dan cinta untuk berbuat curang (Musthafa Siba’i).

الاثنين، حزيران ٠٥، ٢٠٠٦

'uSSyaQuSy SYaHadAH

Almautu fi sabilillahi asmaa amanina...!
Mati di jalan Allah... cita tertinggi kami…!
Inilah dia laungan orang mukmin mencari kematian...

Orang mukmin merindui kematian. Kematiannya merupakan pertemuan teragung, yang paling bermakna dalam hidupnya. Bertemu Kekasih yang sering dirindui. Selama ini mukmin hanya mampu membaca, memahami dan mendengar firman-firmanNya. Meratap, mengadu serta bermunajat padaNya dalam talian fardhu 24434 serta keadaan-keadaan lain yang digalakkan berhubung denganNya, terutama di keheningan malam yang menggamit perindu-perindu setia. Kehidupan di alam abadi juga menemukannya dengan Mustofa, yang sering mengungkap sabda menafsir firman Kekasih. Keimanan dan keyakinan mukmin tentang umur ghaibiyyah yang dikhabarkan melalui firman dan sabda menjadi suatu kenyataan selepas kematian. Pertemuan dan melihat Yang Esa merupakan imbuhan mukmin di atas kesabaran meniti hayat fana.

Mati di jalan Allah hanya tercapai apabila kehidupan diakhiri dengan cahaya keimanan yang dihiasi dengan warna-warni kebajikan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah Ta'ala. Kematian amat bermakna apabila kehidupan diisikan dengan pengorbanan dalam menegakkan deenuLLah. Pertemuan denganNya indah apabila amalan-amalan diterima dan diredhaiNya.

Perindu kematian pasti membenci kehidupan yang penuh kedustaan, noda dan dosa. Hatinya sentiasa merasa belas terhadap teman-teman yang leka dibuai mimpi dan diulit oleh janji-jani palsu si iblis, yang tidak lekang dengan kegiatannya, bahkan sangat aktif lagi proaktif dalam menyebarluaskan empayar muzawwar (kepalsuan). Perindu kematian sentiasa membina benteng dan pagar serta kubu taqwa dengan mu'ahadah mutawasilah mutajaddidah, muraqabah, muhasabah, mu'aqabah dan mujahadah agar khazanah keimanan sentiasa terpelihara dan thabat di dalam jiwa serta terhindar dari pengaruh durjana si iblis.

Perindu kematian juga akan berhubung dengan perindu-perindu yang lain kerna firman dan sabda menyeru kepada jama'atulMuslimin. Hubungan sesama perindu dibina di atas dasar iman, ukhuwwah dan mahabbah fiLLah. Untuk memastikan kubu-kubu yang dibina terus kukuh, tanasuh di'amalkan dalam kehidupan sesama perindu. Di samping mempertingkatkan prestasi dan kualiti pertahanan kubu taqwa, perindu-perindu ini tidak melupakan teman-teman yang dibuai mimpi dusta. Kerja-kerja menyebarluaskan empayar iman terus dilaksanakan kerna ia tuntutan amanah iman. Menyeru umat yang terlena kepada cahaya iman dilaksanakan dalam setiap segi dan aspek yang bersesuaian dengan tuntutan firman dan sabda kerna ia panduan perjalanan menuju kematian. Firman dan sabda menjadi naungan abadi yang tak terlepas dek perindu yang melaksanakan amanah iman, bagai menggenggam bara api...

Rindukah kita pada kenyataan kematian?
Sayangkah kita pada khayalan kehidupan?
Antara dua, yang manakah menjadi pilihan?
Ni'mat abadi atau khayalan?
Azab kepedihan sementara atau selamanya?

Lihat dan nilailah dengan pandangan iman, bukan dengan pandangan nafsu...
Kerna ketenangan terbit dari ketelitian...
Kesengsaraan lahir dari kegelojohan dan kegopohan...
Oleh itu, mari kita cari syahid yang abadi...!
*'uSSyaQuSy SYaHadAH*
______________________________________________________
(1) jangan kau lupa teman se'aqidahmu dalam do'amu.
(2) do'a senjata org mukmin.
(3) dunia penuh ujian dan pancaroba, jadikan iman sebagai bekalan.
(4) Ya Allah...jadikanlah kami di dalam golongan syuhada, sodiqin, solihin juga auliya dan para rasul.

السبت، أيار ٠٦، ٢٠٠٦

MENGAKHIRATKAN DUNIA


Masa terus berlalu meninggalkan kita. Ia pergi tanpa menunggu dan menanti kita untuk berlari beriringan bersamanya, kerana dia tak memerlukan kita. Hakikatnya kita sebenarnya yang memerlukan masa, kerana masa itu adalah kehidupan.

Hidup di dunia fatamorgana ini memang memenatkan. Walaupun manusia itu sebenarnya sentiasa berusaha mencari kebahagian. Ada yang fikir wang punca kebahagian. Golongan remaja... orang muda pula merasakan kehangatan cinta kekasih... couple.. berpacaran... boyfriend... girlfriend... satu kebahagian cinta sebenar. Ada pula yang menganggap bermain... bersukan... main bola... street soccer... piala dunia... satu keseronokan dan kebahagian.

Kita semua ingin kecapi kebahagian. Bukankah anda juga mencarinya? Semua orang berusaha mencapai kebahagian... keseronokan.. kecemerlangan... kegemilangan... kebanggaan... dan berbagai-bagai lagi kexxxxxan... tak lupa juga yang mencari cinta....

Benarkah ini semua kebahagian, keseronokan, ketenangan, cinta, kasih... yang sebenarnya...? yang hakiki...?

Bukankah kita ini hamba Al-Ahad? Hamba yang bertuhankan Yang Satu.. tiada sekutu selainNya. Pernahkah kita berfikir seronoknya bermain bola... hangatnya api cinta yang sentiasa membara.... cemerlangnya kita dalam pelajaran....bangga dengan kereta mewah lagi canggih hanyalah SIA-SIA!!! APABILA KITA TIDAK MENGAKHIRATKANNYA.....

Bagaimana kita nak mengakhiratkan segala keseronokan, kebanggaan, kebahagian...tadi? Tahukah anda? Atau anda buat-buat tak tahu? Tak ambil peduli?

Hakikatnya segala macam keadaan tadi perlu dan wajib diakhiratkan. Wang yang dicari dengan titik peluh keringat tadi menjadi bermakna apabila bersumberkan yang halal...dibelanjakan pada tempat yang halal...Pencarian wang sumber rezeki itu kerana Allah SWT. Ia juga disalurkan pada jalan Allah...disumbangkan dan dikorbankan pada kerja-kerja Islam.. 'amal Islami... yang dapat melahirkan manusia berperibadi muslim... masyarakat muslim... sehingga tertegaknya KalimatulHaq di muka bumi ini. Bukan sedikit atau banyak yang dinilai... tetapi dengan kadar kemampuan dan penuh keikhlasan.

Begitu juga dengan cinta. Kehangatan cinta Ilahi setinggi-tinggi martabat cinta. Cinta itu juga bersumberkan Al-'Iz bukan cinta nafsu.... kehangatan cinta ini melahirkan 'abid yang sentiasa tunduk pada firman Kekasihnya. Api cinta itu membara dalam amalan dan tindakannya. Amalannya sentiasa berlandaskan firman dan sabda. Kehidupannya tulus ikhlas... beramal kerana Allah... Pada jalan Allah... untuk Allah... untuk Islam. Pabila dia mencintai manusia, dia kasih dan cinta kerana Allah. Mencintai kekasih-kekasih Allah. Mencintai zaujah solehah - bukan teman wanita - kerana dia tunduk pada firman Kekasihdan sabda utusan. Mencintainya kerana ketaatannya. Kasih pada teman, sahabat kerana mereka bersamanya dalam ketaatan, sedih dan gembira dalam perjuangan deen Kekasih. Sungguh luas pembahasan cinta ini.

Bagaimana pula dengan bermain... bersukan... bola sepak...? segala permainan ini bermakna dan mencapai keseronokan sebenar apabila ia bermain kerana Allah...untuk menjaga kesihatannya agar sentiasa aktif meng'abdikan diri padaNya. Bermain bersama teman dengan penuh mahabbah dan kasih sayang serta berakhlak, bukan kutuk-mengutuk dan kata-mengata. Sebaliknya sentiasa mengingatkan teman akan Allah... permainannya mengeratkan lagi ukhuwwah dan mahabbah, bukannya merenggangkan jurang yang telah sedia ada. Sebaliknya jurang tersebut menjadi semakin dekat. Hati semakin sayang. Bukan semakin benci. Apabila bermain, dia semakin mengenali peribadi teman sepermainan, semakin memahami hati budi saudara se'aqidahnya. Suka ketawanya penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Itulah hakikat kebahagian, ketenangan, cinta, kasih-sayang, keseronokan dan segala perasaan lain walaupun ia perasaan yang negatif pada nilaian sesetengah manusia. Semuanya menjadi amat bermakna dan berfaedah lagi bermanfaat, apabila ia berlandaskan iman, Islam, juga taqwa; apabila ia berlandaskan firman dan sabda; ia lahir dari kedua-duanya. Juga bermatlamatkan kedua-duanya.