‏إظهار الرسائل ذات التسميات iMaN. إظهار كافة الرسائل
‏إظهار الرسائل ذات التسميات iMaN. إظهار كافة الرسائل

الأربعاء، آذار ٢٦، ٢٠٠٨

HaKiKaT KeHiDuPaN (I)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, puji dan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah mengurniakan ni'mat yang tidak terhingga buat kita. Ni'mat Iman dan Islam ini amat besar nilainya di sini hamba-hambaNya yang memahami hakikat kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, keluarga serta para sahabat. Tidak lupa juga buat mereka yang telah mengorbankan kehidupan mereka untuk menegakkan kalimah Tauhid di bumi Allah ini.

Kehidupan di bumi Allah ini merupakan ujian yang berterusan. Kita sebagai manusia sering diuji dengan pelbagai cubaan, ujian, mehnah, tribulasi, yang sering menyerang tanpa henti. Itulah kehidupan. Hidup di muka bumi ini untuk mencari redha Allah, menggapai kedamaian yang abadi bersama orang-orang yang dicintai di alam sana nanti.

Cuba kita bayangkan keindahan, kedamaian, keseronokan di jannah yang tidak dapat digambarkan dek akal. Kita tinggal bersama dengan orang-orang yang soleh. Menziarahi para rasul dan anbiyaa. Bersenang-lenang di atas tilam yang empuk. Minuman dan makanan yang amat lazat yang tidak akan bias kita kecapi di dunia ini. Tiada apa-apa lagi yang merunsingkan fikiran kita. Tenang. Damai…

Semua ini tidak akan bisa kita kecapi, selagi ruh ini masih di jasad. Aqal ini masih berfikir. Jantung masih berdegup. Kehidupan masih belum terhenti. Kehidupan yang bermakna, yang berlandaskan tuntutan Islam. Hidup dengan Islam. Barulah matinya nanti dengan Islam, insyaAllah. Seperti yang disebutkan sebelum ini, kehidupan sebagai muslim di atas muka bumi ini bukan suatu yang mudah. Ia adalah kehidupan yang penuh dengan ujian. Sebenarnya, kesusahan atau kesenangan itu merupakan ujian buat kita. Jangan fikir suatu yang senang itu bukan suatu ujian. Barangkali ujian kesenangan dan kemewahan itu lebih hebat dan berat! Berapa ramai insan yang suatu ketika dahulu merupakan pejuang yang melaungkan kalimah Allah, mengajak manusia kepada Allah, tetapi hari ini mereka tidak lagi sedemikian?! Inilah kehidupan.

Marilah kita sama-sama menghayati ayat-ayat Allah, mentadabburnya, kita kaitkannya dengan kehidupan kita. Kita tidak boleh sekadar membaca, tetapi perlu kepada tadabbur. Carilah pembimbing yang dapat membimbing kita ke jalan Allah, yang menyelamatkan kita dari kegelapan jahiliyyah dan maksiat. Mohonlah kepadaNya, agar memberi kita petunjuk, hidayah, serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan sehingga kita bertemu denganNya dalam keadaan penuh kegirangan...

الأحد، كانون الثاني ٢٨، ٢٠٠٧

Suka Duka

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Yang Esa kita berbicara. Bermula dan berakhirnya segala sesuatu hanya padaNya.

Kegembiraan dan kesedihan mukmin adalah suka dan duka imani. Gembira kerana ber'amal dengan tuntutan iman. Sedih kerana keingkaran dan keengganan mematuhi suruhan dan menjauhi laranganNya. Senyuman imani, senyuman yang penuh makna dan keindahan ma'nawi. Air mata yang mengalir penuh keinsafan dan penghambaan di atas dosa dan noda.

Sedih...
Duka...
Sayu...
Perit...

Di manakah aku? Lelaki itu tertawa kegembiraan. Gadis di sisinya senyum keriangan. Berkongsi kegembiraan. Gembirakah mereka? Seronok benarkah mereka? Bunga-bunga kasih berkembang mekar. Harum semerbak. Benarkah semua ni? Inikah hakikat kehidupan?

Di manakah aku? Si ibu bersama anak-anak menangis kesedihan. Penuh kehibaan. Sedih kerana artis idola pujaan mereka tersingkir di peringkat akhir Juara Sorak Menyalak. Air mata mengalir tanpa henti kerana Si Hero kehilangan kekasihnya yang disayangi setelah bersusah payah mengharungi rintangan yang mengorbankan kesenangan dan kemewahan. Benarkah semua ini?

Sedarkah aku?
...??!

السبت، كانون الثاني ٠٦، ٢٠٠٧

SubHaNALLaH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi,

Alhamdulillah, mari kita rafa'kan setinggi-tingi rasa syukur kehadrat Ilahi di atas ni'mahNya yang tak terhingga. Dia tetap terus memberi kita ni'mahNya yang tak bertepi walaupun kita sering mengingkari firmanNya. SubhanaLLAh… Maha Suci Allah… Yang sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk kembali menta'atiNya. Pintu-pintu taubat yang sentiasa terbuka, menunggu kedatangan rintihan hamba yang pasrah memohon keampunan dan maghfirah… Cuma kita yang lalai dan alpa dengan ni'mah yang diberi; bukannya bersukur dan bertasbih memuji kebesaranNya serta beristighfar memohon maghfirah.

Lupakah kita suatu ketika dahulu kita ini tidak wujud sama sekali. Kita bukannya roh orang-orang zaman lampau yang berpindah dari satu zaman ke zaman yang lain. Kewujudan kita hanya bersandar kepadaNya. Kita berasal daripada Adam 'alaihissalam, yang berasal dari tanah. Suatu ketika di alam roh dulu kita pernah membuat perjanjian 'Aku Janji' padaNya untuk menta'ati firmanNya.

Wujudnya kita dari benih lelaki dan perempuan, dari air yang hina yang tidak bernilai. Hinanya kita. Tiada nilai. Tiada harga. Lemah. Dha'if. Apa lagi lafaz yang sesuai dengan kehinaan ini. Mulianya kita pabila "taat pada firman dan patuh pada sabda" menjadi nadi kehidupan kita.

Kita dibentuk dari air itu menjadi segumpal darah, kemudian seketul daging. Kemudian tulang-tulang yang selaputi daging sehingga berupa bentuk manusia yang dicipta Tuhan sebaik-baik ciptaan. Ni'mah yang diberikan kepada kita bermula dari awal penciptaan lagi, tapi kita lupa.

SubhanaLLah...

Kita dilahirkan bonda dengan penuh keperitan dan susah payah. Di kesempatan ini ku rakamkan lafaz jazakiLLahu khairan kathira buat bonda - yang bertarung nyawa melahirkan insan yang degil ini - mencurahkan segala mahabbah dan mawaddah; walaupun dibalas dengan bahasa kasar si anak. Si anak sering lupa pengorbanan ini semua, sering ingkar. Lupa redha ILAHI berkait dengan redha bonda. Kemaafanmu dan maghfirahNya kupohon. Semoga hidup diberkati dan diredhai ALLAH. Kutitipkan doa dan amalan soleh buatmu kerna itu yang mampu kuberikan, bukan kesenangan dunia yang diimpikan.

Semoga ALLAH menganugerahkanku kesabaran dan ketabahan para rasul dan auliya^.

الثلاثاء، تشرين الأول ١٧، ٢٠٠٦

ReLiATi iMaN

"realiti bermula dari angan2... yg menjadi cita2... kemudian direalisasikan sebagai kenyataan...
kanak2 kecil berangan2.. kemudian meningkat menjadi syabab yang bercita2...
dari angan2 utk syahid, menjadi cita-cita dan impian sebenar.. allahuakbar.. "
-kata-kata seorang teman-

Kata-kata yang bermakna selalunya lahir ketika diri berada dalam keadaan yang amat bermakna. Mungkin ketika itu, iman seseorang berada pada satu tahap yang amat bermakna pada jiwa tuan punya diri. Maka terpancarlah sinar iman melalui kata-kata dan tingkah laku, kerana iman itu bukan hanya keyakinan di dalam jiwa semata. Tetapi ia perlu seiring dengan perkataaan dan tingkahlaku. Dengan erti kata lain, lahir di dalam kehidupan.. hayat.. setiap detik.. menuju alam yang abadi.

Iman bukan suatu angan-angan dan khayalan. Hakikatnya suatu yang tetap dan tenang di lubuk jiwa serta diiringi amalan dan tuntututan-tuntutan iman yang berbentuk suruhan-suruhan dan larangan-larangan. Hati yang beriman melaksanakan tuntutan tanpa rasa ragu-ragu serta syak wasangka. Dia menerima dengan penuh ketenangan dan rasa tanggungjawab.

Allahumma ja'alna minas Soliheen was siddiqeen....

السبت، تشرين الأول ١٤، ٢٠٠٦

LaHazHot....

Assalamualaikum...
Maaf buat teman-teman... ana tak berkesempatan menisi blog ni dengan perkara yg berfaedah...
Hakikatnya apabila kita menulis atau mengatakan tentang sesuatu.. sewajibnya kata-kata selari dengan amalan...
Apabila jari-jemari ini mengetuk suis-suis papan kekunci..mengeluarkan kata-kata tanpa suara... hati amat berharap pada amalan...
Bila ana muhasabah...merujuk...melihat kembali catatan-catatan suatu ketika dahulu.. hati terdetik.. beginikah aku? seolah-olah terasa apa yg dilahirkan terkadang lahir daripada perasaan pada ketika itu.. mungkin ketika itu hati amat berhajat kepada yg tinggi.. hajat dan harapan yg tinggi menuju Ilahi...
Mungkin di suatu ketika, terasa amat berat untuk melahirkan rasa hati... kerana dirasakan rasa hati itu tidak selari dengan rasa iman... kerasa perasaan keimanan terpancar melalui pancaindera yang lima... Fenomena kemerosotan iman melanda? Satu persoalan muncul...
Walau bagaimana pun, perjalanan menuju Ilahi perlu diteruskan... bekalan sentiasa dicari... dibeli dengan harga yang mahal... kerana tujuan dan matlamat amat tinggi nilainya...
Di sini... ana selitkan sedikit tentang saudara kita yg berjuang untuk Islam..tidak mencari kemasyhuran dunia..hakikatnya bekerja secara senyap..akan tetapi amat berkesan..dan memberi bantuan yang amat besar kepada kaum muslimin...
Cuba anda survey tentang peribadi ini... suatu ketika dahulu websitenya dapat kita lihat.. untuk kita mengetahui perjalanan hidupnya serta sumbangannya kepada Islam... sekarang tiada lagi... kerana telah digodam....
InnaLLaha Toyyibin La yaqbalu Illa Toyyuiba....

الاثنين، تشرين الأول ٠٩، ٢٠٠٦

MuNaJAt RaMaDhAN

Ujana Syurgawi

Di Ujana Rahmat ini
Benih-benih Iman ku semai
Agar menyubur merka pepohonan Taqwa
Mudahan bibit-bibit bunga kerindunan terus
Subur mencintai Ilahi

Di Raudah Ramadhan ini
Ku hirup haruman syukur kepadaNya
Moga limpahan rahmah memayungi sentiasa

Di Taman Barakah ini
Ku lebarkan kelopak tadahan doa
Meminta redha Rabbi
Moga Jannah hakiki
Menjadi teduhanku di sana nanti..

BroHamzah
Rumah Belia PJ
081006
4.45 ptg


Wadah Iman Diisi Taqwa

dalam sebuah ujana aku melihat rintihan,
rintihan yang sangat menenangkan.
kini kusertakan wadah dalam menakung bekalan,
bekalan dari ujana yang akan meninggalkan.

Wadah Iman ini ingin kuisi setamaknya,
bukan sekadar anjing dan bayangnya,
bahkan lebih lagi dari itu.

Wadah ini sangat luas kantungnya
bahkan tidak mungkin akan penuh.

amalan itu bekalannya,
iman itu sadurannya,
taqwa itu isinya.

bersinar wadahku dengan rahmatNya
yang sedikit dapat kurasa yang banyak sering kupinta.
Ilahi Rabbi janganlah Kaubentengi kasihMu dengan sempadan apapun
apatah lagi sempadan masa. Berikanku nikmat sepertiga malam
untuk kupersembahkan permohonan dan rintihan.

ujana rakanku kusambut dengan wadah keinsafan ini.
wadah iman mencari ketaqwaan.

Anak ayah
riyadh, khartoum
2006


__________________________________________________________________
Puisi ini hasil nukilan sauhabat-sahabatku... Semoga Allah menemukan kita kembali dalam keadaan menta'atiNya...
*RiSE 4 iSLaM*

الخميس، حزيران ٠٨، ٢٠٠٦

sOaL HaTi

SalamuLLAhu 'alaikum...

AlhamduliLLah was solatu wassaLamu 'ala rasuliLLah...

HAti makhluk ciptaan Allah yang unik, 'ajaib, pelik. Satu makhluk yang diciptakan dan diletakkan di dalam diri satu makhluk yang punya 'aqal, yang punya tugas dan tanggungjawab yang besar kerna dianugerahkan 'aqal. Hati menjadi nadi penggerak ruhi makhluk 'aqil ini. Hati umpama bejana air yang amat bernilai lagi berharga. Amat berharga... tak terkira harga, qimah, nilainya. Hati mukmin dipenuhi dengan nur iman umpama bejana yang dipenuhi susu, yang membawa barakah dan khasiat buat pemiliknya. Begitu juga hati yang dipenuhi dengan nur iman, menjadi penyuluh kehidupan, panduan perjalanan musafir menuju keabadian, risalah pejuang Khalid, khazanah Humaira^...

Nur yang mewarnai cahaya hati dengan kemanisan iman hasil dari kemantapan 'aqidah dan keyakinan yang tak berbelah bagi dengan janji-janji Tuhan menjadi rahsia sa'adatulHayah. Susu yang memenuhi bejana dengan khasiat serta barakah tadi bisa dirosakkan oleh setitis cuka mazmumah yang dibawa oleh jundusySyaitan...

Oleh itu, berhati-hatilah teman dengan tipu daya iblis, na'uzubiLLahi minhu. Tutuplah segala pintu, lorong serta jalan yang memberi laluan kepada iblis dan konco-konconya untuk menggugat dan merosakkan keindahan raudhah iman ini....

ALLAhumma a'inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik...
ALLahumma inna na'uzubika minasySyaitanirRajim...
___________________________________________________________
(1) peringatan buat diri empunya blog ini, berhati-hati dalam mencari keabadian kerna perjalanan menuju matlamat itu penuh dengan onak duri yang bisa menggugat, menghalang seta mengganggu kedamaian raudhah yang dicitakan...

الاثنين، حزيران ٠٥، ٢٠٠٦

'uSSyaQuSy SYaHadAH

Almautu fi sabilillahi asmaa amanina...!
Mati di jalan Allah... cita tertinggi kami…!
Inilah dia laungan orang mukmin mencari kematian...

Orang mukmin merindui kematian. Kematiannya merupakan pertemuan teragung, yang paling bermakna dalam hidupnya. Bertemu Kekasih yang sering dirindui. Selama ini mukmin hanya mampu membaca, memahami dan mendengar firman-firmanNya. Meratap, mengadu serta bermunajat padaNya dalam talian fardhu 24434 serta keadaan-keadaan lain yang digalakkan berhubung denganNya, terutama di keheningan malam yang menggamit perindu-perindu setia. Kehidupan di alam abadi juga menemukannya dengan Mustofa, yang sering mengungkap sabda menafsir firman Kekasih. Keimanan dan keyakinan mukmin tentang umur ghaibiyyah yang dikhabarkan melalui firman dan sabda menjadi suatu kenyataan selepas kematian. Pertemuan dan melihat Yang Esa merupakan imbuhan mukmin di atas kesabaran meniti hayat fana.

Mati di jalan Allah hanya tercapai apabila kehidupan diakhiri dengan cahaya keimanan yang dihiasi dengan warna-warni kebajikan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah Ta'ala. Kematian amat bermakna apabila kehidupan diisikan dengan pengorbanan dalam menegakkan deenuLLah. Pertemuan denganNya indah apabila amalan-amalan diterima dan diredhaiNya.

Perindu kematian pasti membenci kehidupan yang penuh kedustaan, noda dan dosa. Hatinya sentiasa merasa belas terhadap teman-teman yang leka dibuai mimpi dan diulit oleh janji-jani palsu si iblis, yang tidak lekang dengan kegiatannya, bahkan sangat aktif lagi proaktif dalam menyebarluaskan empayar muzawwar (kepalsuan). Perindu kematian sentiasa membina benteng dan pagar serta kubu taqwa dengan mu'ahadah mutawasilah mutajaddidah, muraqabah, muhasabah, mu'aqabah dan mujahadah agar khazanah keimanan sentiasa terpelihara dan thabat di dalam jiwa serta terhindar dari pengaruh durjana si iblis.

Perindu kematian juga akan berhubung dengan perindu-perindu yang lain kerna firman dan sabda menyeru kepada jama'atulMuslimin. Hubungan sesama perindu dibina di atas dasar iman, ukhuwwah dan mahabbah fiLLah. Untuk memastikan kubu-kubu yang dibina terus kukuh, tanasuh di'amalkan dalam kehidupan sesama perindu. Di samping mempertingkatkan prestasi dan kualiti pertahanan kubu taqwa, perindu-perindu ini tidak melupakan teman-teman yang dibuai mimpi dusta. Kerja-kerja menyebarluaskan empayar iman terus dilaksanakan kerna ia tuntutan amanah iman. Menyeru umat yang terlena kepada cahaya iman dilaksanakan dalam setiap segi dan aspek yang bersesuaian dengan tuntutan firman dan sabda kerna ia panduan perjalanan menuju kematian. Firman dan sabda menjadi naungan abadi yang tak terlepas dek perindu yang melaksanakan amanah iman, bagai menggenggam bara api...

Rindukah kita pada kenyataan kematian?
Sayangkah kita pada khayalan kehidupan?
Antara dua, yang manakah menjadi pilihan?
Ni'mat abadi atau khayalan?
Azab kepedihan sementara atau selamanya?

Lihat dan nilailah dengan pandangan iman, bukan dengan pandangan nafsu...
Kerna ketenangan terbit dari ketelitian...
Kesengsaraan lahir dari kegelojohan dan kegopohan...
Oleh itu, mari kita cari syahid yang abadi...!
*'uSSyaQuSy SYaHadAH*
______________________________________________________
(1) jangan kau lupa teman se'aqidahmu dalam do'amu.
(2) do'a senjata org mukmin.
(3) dunia penuh ujian dan pancaroba, jadikan iman sebagai bekalan.
(4) Ya Allah...jadikanlah kami di dalam golongan syuhada, sodiqin, solihin juga auliya dan para rasul.

الجمعة، أيار ١٩، ٢٠٠٦

Di BAwAH nAuNGaN aL-QuRaN


Assalamu'alaikum waramatullahi wabarakatuh...

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian...

Alhamdulillah, Allah memberi kita ni'mat yang tak terhingga dan tak terhitung oleh 'aqal manusia. Alhamdulillah, Allah beri kita peluang untuk terus bersama Islam dan Iman yang telah dianugerahkan kepada kita. kita masih dihidupkan dalam keadaan kita masih beriman kepada Allah SWT. Semua ni'mat yang diberikan kepada kita, semuanya untuk kebaikan diri kita. Ni'mat ini semua tak mendatangkan sebarang faedah pun kepada Zat Allah SWT. Jika kita menyukuri ni'mat Allah, maka kita yang mendapat ganjaran bersyukur tersebut. Ganjaran tersebut kembali kepada kita. Begitu sayangnya Allah kepada kita. Dilimpahkan kepada kita ni'mat yang banyak. Kemudian kita dihujani dengan ganjaran dunia dan akhirat apabila mensyukuri ni'mmat tersebut dengan meng'abdikan diri kepada Allah semata-mata. Hakikatnya kita amat berhajatkan kepada kasih Allah, rahmatNya, hidayahNya, redhaNya, 'inayahNya dan mendambakan segala-galanya daripada Rabbil 'Izzah.

Jika anda menganggap dengan penuh keyakinan bahawa anda adalah da'eyan IlaLLAh, maka menjadi suatu keperluan dan kewajipan untuk sentiasa memastikan diri sentiasa berada di bawah naungan Al-Quran, KalamuLLah.

Mari kita lihat generasi sahabat yang begitu hebat, yang begitu unik, mendapat pujian langit dan bumi. Allah rafa'kan martabat mereka di kalangan manusia sekalian 'alam di atas pengorbanan dan kerja-kerja serta sumbangan yang telah mereka hulurkan untuk deen Allah yang suci ini. Mengapakah mereka sampai ke tahap ini? Sehingga mereka sentiasa disebut setiap insan yang membaca Al-Quran, walaupun insan yang membaca itu tidak mengerti isi kandungan yang dibacanya itu. Mengapa mereka darjat mereka begitu tinggi berbanding kita kita beradah di anak tangga yang terbawah ?! Persoalan ini pasti timbul di benak jiwa muslim yang sensitif dengan deennya, yang sentiasa mengejar ma'a~li (ketinggian), yang berlumba-lumba menggapai cinta Allah.

Hakikatnya mereka sampai ke tahap ini di atas beberapa perkara yang tersirat dan tersurat. Ciri-ciri keistimewaan tersebut ialah:

1. Mereka mengambil dan menerima Al-Quran daripada Rasulullah SAW secara langsung (direct). Jadi al-quran turun dalam kehidupan mereka. Turun untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rasulullah SAW juga berada di hadapan mata kepala mereka sebagai tempat rujukan. Berbanding dengan kita, tiada lagi Rasul sebagai tempat mengadu masalah. Yang ada hanyalah khazanah sabda baginda serta Firman Yang Maha Esa. Maka, menjadi kewajiban kita mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan dan nadi kehidupan.

2. Mereka mengamalkan segala pelajaran yang mereka terima daripada Rasulullah SAW satu persatu sehingga tertunai segala tuntutan ilmu tersebut dengan amalan mereka. Walaupun peringatan yang mereka terima daripada Al-Quran atau daripada Rasulullah SAW itu hanya dua tiga patah perkataan, mereka ber'amal dengannya. Cuba lihat diri kita? Adakah kita beramal dengan ilmu yang kita pelajari? Sedarkah kita, salah satu tuntutan ilmu ke atas kita ialah amal!

3. Apabila mereka menerima NuruLLAh, deen Islam sebagai cara hidup@way of life, mereka tinggal segala karat jahiliyyah di belakang mereka. Tidak lagi menoleh ke belakang, teragak-agak untuk meninggalkannya kerana rasa sayang kepada jahiliyyah tersebut. Bahkan mereka membencinya umpama perasaan membenci diri jika dilontarkan ke dalam neraka. Benci yang teramat. Tak tergambar kebenciannya dek kerutan seribu di muka. Andai berkerut sejuta pun takkan terbayang betapa dalamnya kebencian di lubuk hati. Kita pula masih bermanis muka dengan jahiliyyah, sayang tak terkata. Kalau boleh dipeluk dan dicium jahiliyyah itu, nescaya dipeluk dan dicium tak terkata. Beginikah muslim?

4. Mereka tidak bertolak ansur dengan kebatilan. Aqidah LailaillaLLAh terpahat di sanubari, terpancar di pelusuk tubuh. Takkan mampu batil menggoncang kekukuhan pasak iman mereka. Tidak bersekutu dengan kebatilan. Bertuhankan Yang Esa, bukan yang punya anak dan bapa. Tidak bertuhankan toghut, kerna ketaatan pada toghut satu kesyirikan. Hawa nafsu juga bukan ikutan. Kita pula sering mengambil jalan tengah dengan mencampurkan kedua-duanya, yang hakikatnya tidak boleh dicampurkan. Hakikatnya kita telah membelakangi hak atau kebenaran itu.

Berdasarkan ciri-ciri ini atau sifat-sifat ini, kita perlu kembali muhasabah diri. Mengingatkan kembali hakikat kebenaran dan hakikat pembawa kebenaran. Kembalilah kepada Allah. Jaga Hubungan Dengan Allah (HDA). Amal Kerana Allah (AKA).
Wallahu a'lam...

السبت، أيار ٠٦، ٢٠٠٦

MENGAKHIRATKAN DUNIA


Masa terus berlalu meninggalkan kita. Ia pergi tanpa menunggu dan menanti kita untuk berlari beriringan bersamanya, kerana dia tak memerlukan kita. Hakikatnya kita sebenarnya yang memerlukan masa, kerana masa itu adalah kehidupan.

Hidup di dunia fatamorgana ini memang memenatkan. Walaupun manusia itu sebenarnya sentiasa berusaha mencari kebahagian. Ada yang fikir wang punca kebahagian. Golongan remaja... orang muda pula merasakan kehangatan cinta kekasih... couple.. berpacaran... boyfriend... girlfriend... satu kebahagian cinta sebenar. Ada pula yang menganggap bermain... bersukan... main bola... street soccer... piala dunia... satu keseronokan dan kebahagian.

Kita semua ingin kecapi kebahagian. Bukankah anda juga mencarinya? Semua orang berusaha mencapai kebahagian... keseronokan.. kecemerlangan... kegemilangan... kebanggaan... dan berbagai-bagai lagi kexxxxxan... tak lupa juga yang mencari cinta....

Benarkah ini semua kebahagian, keseronokan, ketenangan, cinta, kasih... yang sebenarnya...? yang hakiki...?

Bukankah kita ini hamba Al-Ahad? Hamba yang bertuhankan Yang Satu.. tiada sekutu selainNya. Pernahkah kita berfikir seronoknya bermain bola... hangatnya api cinta yang sentiasa membara.... cemerlangnya kita dalam pelajaran....bangga dengan kereta mewah lagi canggih hanyalah SIA-SIA!!! APABILA KITA TIDAK MENGAKHIRATKANNYA.....

Bagaimana kita nak mengakhiratkan segala keseronokan, kebanggaan, kebahagian...tadi? Tahukah anda? Atau anda buat-buat tak tahu? Tak ambil peduli?

Hakikatnya segala macam keadaan tadi perlu dan wajib diakhiratkan. Wang yang dicari dengan titik peluh keringat tadi menjadi bermakna apabila bersumberkan yang halal...dibelanjakan pada tempat yang halal...Pencarian wang sumber rezeki itu kerana Allah SWT. Ia juga disalurkan pada jalan Allah...disumbangkan dan dikorbankan pada kerja-kerja Islam.. 'amal Islami... yang dapat melahirkan manusia berperibadi muslim... masyarakat muslim... sehingga tertegaknya KalimatulHaq di muka bumi ini. Bukan sedikit atau banyak yang dinilai... tetapi dengan kadar kemampuan dan penuh keikhlasan.

Begitu juga dengan cinta. Kehangatan cinta Ilahi setinggi-tinggi martabat cinta. Cinta itu juga bersumberkan Al-'Iz bukan cinta nafsu.... kehangatan cinta ini melahirkan 'abid yang sentiasa tunduk pada firman Kekasihnya. Api cinta itu membara dalam amalan dan tindakannya. Amalannya sentiasa berlandaskan firman dan sabda. Kehidupannya tulus ikhlas... beramal kerana Allah... Pada jalan Allah... untuk Allah... untuk Islam. Pabila dia mencintai manusia, dia kasih dan cinta kerana Allah. Mencintai kekasih-kekasih Allah. Mencintai zaujah solehah - bukan teman wanita - kerana dia tunduk pada firman Kekasihdan sabda utusan. Mencintainya kerana ketaatannya. Kasih pada teman, sahabat kerana mereka bersamanya dalam ketaatan, sedih dan gembira dalam perjuangan deen Kekasih. Sungguh luas pembahasan cinta ini.

Bagaimana pula dengan bermain... bersukan... bola sepak...? segala permainan ini bermakna dan mencapai keseronokan sebenar apabila ia bermain kerana Allah...untuk menjaga kesihatannya agar sentiasa aktif meng'abdikan diri padaNya. Bermain bersama teman dengan penuh mahabbah dan kasih sayang serta berakhlak, bukan kutuk-mengutuk dan kata-mengata. Sebaliknya sentiasa mengingatkan teman akan Allah... permainannya mengeratkan lagi ukhuwwah dan mahabbah, bukannya merenggangkan jurang yang telah sedia ada. Sebaliknya jurang tersebut menjadi semakin dekat. Hati semakin sayang. Bukan semakin benci. Apabila bermain, dia semakin mengenali peribadi teman sepermainan, semakin memahami hati budi saudara se'aqidahnya. Suka ketawanya penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Itulah hakikat kebahagian, ketenangan, cinta, kasih-sayang, keseronokan dan segala perasaan lain walaupun ia perasaan yang negatif pada nilaian sesetengah manusia. Semuanya menjadi amat bermakna dan berfaedah lagi bermanfaat, apabila ia berlandaskan iman, Islam, juga taqwa; apabila ia berlandaskan firman dan sabda; ia lahir dari kedua-duanya. Juga bermatlamatkan kedua-duanya.

السبت، نيسان ٢٢، ٢٠٠٦

aMaNaH iMaN

salam buat teman-teman....
puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesempatan untuk terus menabur benih2 iman di ladang sementara ini...hasilnya yang pasti adalah akhirat kelak...mungkin dalam kehidupan di ladang ini, AR-Razzaq memberi peluang merasai natijah tanaman tersebut..

iman suatu yang indah... mereka yang tidak beriman tidak akan merasai kenikmatan dan kelazatannya... kelazatan iman... pernahkah kita merasainya? pernahkah kita berfikir tentang iman? pernahkah kita berusaha mencari iman? pernahkah kita cuba untuk membaca, memahami dan mengkaji hikayat iman..cerita2 iman...-cerita yg bukan dongengan dan khayalan, tapi ia kenyataan-...?

ketahuilah teman... iman merupakan risalah para rasul... amanah buat pengikutnya.. inilah amanah iman... ia merupakan tugas yg besar dan berat. Setiap pemegang Amanah tersebut akan ditimpa berbagai2 ujian dan tribulasi serta mihnah. Cabaran2 dan halangan2 luaran serta dalaman yg sentiasa hadir sebagai ujian dan tarbiyah dr Ilahi.

Seorang mukmin perlu sensitif dan prihatin dgn imannya. bagai menatang minyak yang penuh. Kerana segala amalan, tindakan, fikiran ...semuanya berkait rapat dgn iman. Semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Perlu kita ingat, apabila kita menganggap dan yakin bahawa kita adalah penyambung risalah para rasul; maka ujian2 ini merupakan satu syarat untuk menjadi pewaris risalah iman. Mungkin Allah akan uji kita dengan kesenangan. Mungkin juga kita diuji dengan kesusahan. Semuanya itu syarat2 kelayakan untuk mendapat nikmat keabadian syurga yang damai nan indah. Kita perlu merasakan apa yg berada di depan mata ini hanya sementara dan tidak kekal. Ia hanya fatamorgana. Jika musuh-musuh kita berjaya mengacau kita, menyusahkan kita, menyeksa kita, mengganggu kita, mengherdik kita, mencaci kita, memperlekehkan kita... semuanya itu hanya sementara, kerana hakikat mereka adalah azab Allah, seksaan dan kesedihan.

Kita perlu yakin dengan janji-janjiNya buat golongan beriman dan golongan-golongan yang engkar; kerana keyakinan dan keimanan itulah kekuatan kita, kekuatan hamilurrisalah...

Rasanya setakat ini dulu buat kali ini...mata ini semakin berat krn gelombang dan zat2 tidur terlalu memaksa dan meminta dengan penuh wajah kesedihan...kerna hak2 badan ini belum terlaksana. Wallahu a'lam. Esok hari masih ada lagi tanggunggjawab yang perlu ditunaikan, tak lupa juga hak kulli zi haqq.... Wallahu musta'aan...

السبت، آذار ٠٤، ٢٠٠٦

HaTi DaN iMaN....


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.....
Kaifahalukum, ya ikhwati? Maaf....telah sekian lama ana tak menulis dalam blog ni...
Dunia IT...

Dunia IT merupakan wasilah da'wah...drp wasilah yg amat banyak ..yg masyru'...yg dibenarkan oleh Islam.... Bagi ana wasilah IT ini penting, tetapi di sana ada wasilah yg lebih utama... krn da'wah perlu dilihat drp segenap sudut... Dan sememangnya masa ana kurang utk melayari internet... Mgkn juga kerana hati ini tidak dapat menghadapi cabaran2 dunia IT ni...

Dunia luar, insan di sekeliling ni memerlukan tumpuan yang lebih. Tapi yg lebih penting ialah diri ini. Memperbaiki kekurangan diri... Mendidik jiwa dan hati...agar tunduk kepada iman. Inilah sudut dan tahapan tarbiyah yang paling penting dan susah, kerana memerlukan hati yg bersedia utk menerimanya, murabbi soleh, biah solehah dan manhaj sohihah. Hati perlu sentiasa mengingatiNya.

Ya...sebelum diri ini mengajak orang lain untuk mengingati Allah...maka hati ini perlu diajak untuk mengingatiNya, takut azan 'azabNya, mengharapkan rahmatNya, mendambakan hidayahNya. Bila hati ini bersih dan bebas daripada karat2 jahiliyah, serta lembut dgn zikrullah, maka segala2nya menjadi mudah baginya. Tiada sesuatu halangan dan godaan pun yg mampu menggugat, kerana Allah adalah segala2nya baginya. Aku hidup keranaNya, kerna deenNya, mati kernaNya...mati untuk deenNya... Ahhh...Alangkah indah hidup bersama iman di dalam jiwa...iman yg sentiasa bersirna..menghidupkan hati....menggerakkan anggota tubuh untuk sentiasa berkhidmat untuk deenNya.

Sememangnya bekalan iman, 'aqidah dan kefahaman yg benar..sekuat2 dan sehebat2 bekalan. Segala tekanan dan tentangan syaitan (na'uzubillahi minh) serta serangan sekutu2nya umat manusia hanyalah sampah bagi mu^min.

Untuk mencapai tahap ini, kita perlu mengorbankan jahiliyah dan ma'siat yg kita sayang. Kita perlu buang ia jauh2...buang sunguh2...sehingga hati merasa benci untuk mendekatinya. Hati juga perlu dibuka seluas-luasnya, bersedia untuk menerima hidayah Allah. Selagi kita tidak bertindak, selagi itulah kita tidak akan mencapai hakikat tersebut.

Terus terang ana sebutkan di sini...ana sendiri masih belum dapat mengotakan harapan ini. Ini adalah peringatan buat diri yg sering lupa. Kita perlu berusaha bangun, tunduk dan sujud mengharapkan KasihNya..rahmatNya..memohon kekuatan jiwa dari Rabbul 'Izzah. Bersama-samalah kita menuju ni'mat keabadian akhirat.