السبت، أيار ٠٦، ٢٠٠٦

MENGAKHIRATKAN DUNIA


Masa terus berlalu meninggalkan kita. Ia pergi tanpa menunggu dan menanti kita untuk berlari beriringan bersamanya, kerana dia tak memerlukan kita. Hakikatnya kita sebenarnya yang memerlukan masa, kerana masa itu adalah kehidupan.

Hidup di dunia fatamorgana ini memang memenatkan. Walaupun manusia itu sebenarnya sentiasa berusaha mencari kebahagian. Ada yang fikir wang punca kebahagian. Golongan remaja... orang muda pula merasakan kehangatan cinta kekasih... couple.. berpacaran... boyfriend... girlfriend... satu kebahagian cinta sebenar. Ada pula yang menganggap bermain... bersukan... main bola... street soccer... piala dunia... satu keseronokan dan kebahagian.

Kita semua ingin kecapi kebahagian. Bukankah anda juga mencarinya? Semua orang berusaha mencapai kebahagian... keseronokan.. kecemerlangan... kegemilangan... kebanggaan... dan berbagai-bagai lagi kexxxxxan... tak lupa juga yang mencari cinta....

Benarkah ini semua kebahagian, keseronokan, ketenangan, cinta, kasih... yang sebenarnya...? yang hakiki...?

Bukankah kita ini hamba Al-Ahad? Hamba yang bertuhankan Yang Satu.. tiada sekutu selainNya. Pernahkah kita berfikir seronoknya bermain bola... hangatnya api cinta yang sentiasa membara.... cemerlangnya kita dalam pelajaran....bangga dengan kereta mewah lagi canggih hanyalah SIA-SIA!!! APABILA KITA TIDAK MENGAKHIRATKANNYA.....

Bagaimana kita nak mengakhiratkan segala keseronokan, kebanggaan, kebahagian...tadi? Tahukah anda? Atau anda buat-buat tak tahu? Tak ambil peduli?

Hakikatnya segala macam keadaan tadi perlu dan wajib diakhiratkan. Wang yang dicari dengan titik peluh keringat tadi menjadi bermakna apabila bersumberkan yang halal...dibelanjakan pada tempat yang halal...Pencarian wang sumber rezeki itu kerana Allah SWT. Ia juga disalurkan pada jalan Allah...disumbangkan dan dikorbankan pada kerja-kerja Islam.. 'amal Islami... yang dapat melahirkan manusia berperibadi muslim... masyarakat muslim... sehingga tertegaknya KalimatulHaq di muka bumi ini. Bukan sedikit atau banyak yang dinilai... tetapi dengan kadar kemampuan dan penuh keikhlasan.

Begitu juga dengan cinta. Kehangatan cinta Ilahi setinggi-tinggi martabat cinta. Cinta itu juga bersumberkan Al-'Iz bukan cinta nafsu.... kehangatan cinta ini melahirkan 'abid yang sentiasa tunduk pada firman Kekasihnya. Api cinta itu membara dalam amalan dan tindakannya. Amalannya sentiasa berlandaskan firman dan sabda. Kehidupannya tulus ikhlas... beramal kerana Allah... Pada jalan Allah... untuk Allah... untuk Islam. Pabila dia mencintai manusia, dia kasih dan cinta kerana Allah. Mencintai kekasih-kekasih Allah. Mencintai zaujah solehah - bukan teman wanita - kerana dia tunduk pada firman Kekasihdan sabda utusan. Mencintainya kerana ketaatannya. Kasih pada teman, sahabat kerana mereka bersamanya dalam ketaatan, sedih dan gembira dalam perjuangan deen Kekasih. Sungguh luas pembahasan cinta ini.

Bagaimana pula dengan bermain... bersukan... bola sepak...? segala permainan ini bermakna dan mencapai keseronokan sebenar apabila ia bermain kerana Allah...untuk menjaga kesihatannya agar sentiasa aktif meng'abdikan diri padaNya. Bermain bersama teman dengan penuh mahabbah dan kasih sayang serta berakhlak, bukan kutuk-mengutuk dan kata-mengata. Sebaliknya sentiasa mengingatkan teman akan Allah... permainannya mengeratkan lagi ukhuwwah dan mahabbah, bukannya merenggangkan jurang yang telah sedia ada. Sebaliknya jurang tersebut menjadi semakin dekat. Hati semakin sayang. Bukan semakin benci. Apabila bermain, dia semakin mengenali peribadi teman sepermainan, semakin memahami hati budi saudara se'aqidahnya. Suka ketawanya penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Itulah hakikat kebahagian, ketenangan, cinta, kasih-sayang, keseronokan dan segala perasaan lain walaupun ia perasaan yang negatif pada nilaian sesetengah manusia. Semuanya menjadi amat bermakna dan berfaedah lagi bermanfaat, apabila ia berlandaskan iman, Islam, juga taqwa; apabila ia berlandaskan firman dan sabda; ia lahir dari kedua-duanya. Juga bermatlamatkan kedua-duanya.

ليست هناك تعليقات: