الاثنين، حزيران ٠٥، ٢٠٠٦

'uSSyaQuSy SYaHadAH

Almautu fi sabilillahi asmaa amanina...!
Mati di jalan Allah... cita tertinggi kami…!
Inilah dia laungan orang mukmin mencari kematian...

Orang mukmin merindui kematian. Kematiannya merupakan pertemuan teragung, yang paling bermakna dalam hidupnya. Bertemu Kekasih yang sering dirindui. Selama ini mukmin hanya mampu membaca, memahami dan mendengar firman-firmanNya. Meratap, mengadu serta bermunajat padaNya dalam talian fardhu 24434 serta keadaan-keadaan lain yang digalakkan berhubung denganNya, terutama di keheningan malam yang menggamit perindu-perindu setia. Kehidupan di alam abadi juga menemukannya dengan Mustofa, yang sering mengungkap sabda menafsir firman Kekasih. Keimanan dan keyakinan mukmin tentang umur ghaibiyyah yang dikhabarkan melalui firman dan sabda menjadi suatu kenyataan selepas kematian. Pertemuan dan melihat Yang Esa merupakan imbuhan mukmin di atas kesabaran meniti hayat fana.

Mati di jalan Allah hanya tercapai apabila kehidupan diakhiri dengan cahaya keimanan yang dihiasi dengan warna-warni kebajikan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah Ta'ala. Kematian amat bermakna apabila kehidupan diisikan dengan pengorbanan dalam menegakkan deenuLLah. Pertemuan denganNya indah apabila amalan-amalan diterima dan diredhaiNya.

Perindu kematian pasti membenci kehidupan yang penuh kedustaan, noda dan dosa. Hatinya sentiasa merasa belas terhadap teman-teman yang leka dibuai mimpi dan diulit oleh janji-jani palsu si iblis, yang tidak lekang dengan kegiatannya, bahkan sangat aktif lagi proaktif dalam menyebarluaskan empayar muzawwar (kepalsuan). Perindu kematian sentiasa membina benteng dan pagar serta kubu taqwa dengan mu'ahadah mutawasilah mutajaddidah, muraqabah, muhasabah, mu'aqabah dan mujahadah agar khazanah keimanan sentiasa terpelihara dan thabat di dalam jiwa serta terhindar dari pengaruh durjana si iblis.

Perindu kematian juga akan berhubung dengan perindu-perindu yang lain kerna firman dan sabda menyeru kepada jama'atulMuslimin. Hubungan sesama perindu dibina di atas dasar iman, ukhuwwah dan mahabbah fiLLah. Untuk memastikan kubu-kubu yang dibina terus kukuh, tanasuh di'amalkan dalam kehidupan sesama perindu. Di samping mempertingkatkan prestasi dan kualiti pertahanan kubu taqwa, perindu-perindu ini tidak melupakan teman-teman yang dibuai mimpi dusta. Kerja-kerja menyebarluaskan empayar iman terus dilaksanakan kerna ia tuntutan amanah iman. Menyeru umat yang terlena kepada cahaya iman dilaksanakan dalam setiap segi dan aspek yang bersesuaian dengan tuntutan firman dan sabda kerna ia panduan perjalanan menuju kematian. Firman dan sabda menjadi naungan abadi yang tak terlepas dek perindu yang melaksanakan amanah iman, bagai menggenggam bara api...

Rindukah kita pada kenyataan kematian?
Sayangkah kita pada khayalan kehidupan?
Antara dua, yang manakah menjadi pilihan?
Ni'mat abadi atau khayalan?
Azab kepedihan sementara atau selamanya?

Lihat dan nilailah dengan pandangan iman, bukan dengan pandangan nafsu...
Kerna ketenangan terbit dari ketelitian...
Kesengsaraan lahir dari kegelojohan dan kegopohan...
Oleh itu, mari kita cari syahid yang abadi...!
*'uSSyaQuSy SYaHadAH*
______________________________________________________
(1) jangan kau lupa teman se'aqidahmu dalam do'amu.
(2) do'a senjata org mukmin.
(3) dunia penuh ujian dan pancaroba, jadikan iman sebagai bekalan.
(4) Ya Allah...jadikanlah kami di dalam golongan syuhada, sodiqin, solihin juga auliya dan para rasul.

ليست هناك تعليقات: