الثلاثاء، أيلول ٢٧، ٢٠٠٥

SOALAN DAN JAWAPAN

MUJAHID FATHI YAKAN MENJAWAB…

SOALAN: Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh al-mar^ah al-muslimah (sohabiyyat) di zaman Rasulullah SAW dan masa kini?

JAWAB: Peranan wanita yang difitnahkan ke atas Islam ialah setakat di dapur, menyediakan makanan, melayani suami, menjaga anak dan terkurung di rumah! Sebenarnya Islam memberi peluang kepada muslimat untuk bersama lelaki menyertai harakah islamiyyah dalam amal islami mengikut syarat-syarat dan sempadan-sempadan yang telah digariskan oleh Islam; di mana muslimat boleh memainkan peranan mereka mengikut bidang mereka dalam batas-batas syara’. Sekarang mereka mempunyai peranan yang lebih besar dalam harakah Islamiyyah. Kita hendaklah menyedari yang organisasi bukan Islam memberikan peranan kepada wanita untuk menentang kita. Revolusi Rusia contohnya memberi peranan kepada wanita lebih daripada lelaki tapi bagi Islam kita ada contoh yang tersendiri lagi unik. Di mana di dalam seerah Islam terdapat sohabiyyat dalam menegakkan Islam dan penglibatan mereka dalam harakah Islamiyyah dalam segala bidangnya. Peranan penting yang dimainkan oleh mereka ialah dalam tarbiyyah (pendidikan), thaqafah (ilmu pengetahuan), ‘amal jama‘ei, jihad serta ‘amal ijtima‘ei (kerja kebajikan masyarakat) mengikut lunas-lunas syara’, syarat-syarat dan adab yang telah ditentukan oleh Islam.

(Ini merupakan satu jawapan pendek kepada satu soalan bertulis di Muzakarah Islam (FOSIS) di Birmingham)


ABU A’LA MAUDUDI MENJAWAB...

SOALAN: Masalah wanita adalah merupakan masalah yang belum kunjung selesai sampai ke hari ini. Bagaimana cara-cara penyelesaiannya?

JAWAB: Cara-caranya menurut keyakinan saya ialah dengan melalui pendidikan dan bimbingan (tarbiyyah). Wanita dalam masyarakat orang-orang Islam terbahagi kepada dua; Pertama: yang memelihara Deennya dan tidak mahu terpengaruh dengan sebarang kebudayaan (cara hidup) yang datang dari Barat, keduanya: ialah yang terpengaruh dengan budayaan barat dan semboyan-semboyan yang ditiupkan oleh wanita-wanita barat dalam mendapatkan hak-hak politik yang sama dengan lelaki.

Golongan pertama ini mestilah mempertahankan dan menjaga hak-haknya yang telah diberikan oleh Islam, sedangkan golongan kedua adalah yang perlu menjadi sasaran perhatian kita untuk mendidik dan menyedarkan mereka dan memberikan mereka hak-hak yang selaras dengan kehendak Islam.

Sebenarnya Islam telah memberikan kepada wanita itu hak-hak yang mereka perlukan, yang tidak akan dapat mereka terima dari sistem-sistem yang lain ciptaan manusia. Kita mestilah menempatkan wanita dengan kehendak Islam.

Adapun masalah ‘hijab’, tidaklah bijaksana memaksanya ke atas wanita dengan kuasa undang-undang, tetapi dengan menciptakan suatu suasana atau iklim (bi^ah) yang sesuai untuk memungkinkan wanita itu memilih hijab bagi diri mereka yang lahir dari dorongan iman dan hati nuraninya. Sebagai contoh mahasisiwi Fakulti Perubatan di Universiti Lahore di Pakistan, 90% daripada mereka memakai hijab yang didorong oleh kesedaran Deen yang ada pada mereka.

Wanita terpelajar kita mestilah disedarkan bahawa peradaban barat, yang ia anuti adalah telah menipunya. Ia mensucikan sistem itu walaupun akan melucutkan kemanusiaannya sendiri dan menempatkannya pada darjat yang hina. Bahawa wanita adalah alat untuk mendapatkan kelazatan lahiriyyah semata-mata, ini anggapan orang, sedangkan Islam telah meletakkan wanita itu pada tempatnya yang layak selaras dengan kemanusiaannya.

(Dipetik dari wawancara seorang wartawan majalah Ad Dakwah, Kahirah dengan Al-‘Allamah Abul A’la Al-Maududi pada 27 Mac 1979)

ليست هناك تعليقات: