الأحد، كانون الأول 25، 2005

LaMa MeNyePi


assalamualaikum buat teman-teman...
alhamdulillah 'ala kulli hal...rasanya begitu lama ana tak menulis dalam blog ni. Mungkin kesibukan dan kerja-kerja memerah otak membuatkan ana tak sempat nak menulis.

Akhir-akhir ini memang banyak kerja, ditambah lagi dengan musim peperiksaan yang telah menjelma. Tiada masa untuk memerah otak menaip dalam blog ni. Jika diikutkan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, memang banyak yang nak diperkatakan. Terutamanya perkembangan semasa Iraq.

Peristiwa dan keadaan semasa di Iraq, perlu diambil iktibar daripada kita semua. Yang paling penting, kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha membantu dari segenap sudut berdasarkan kemampuan kita.

Wallahu a'lam...

الخميس، تشرين الثاني 24، 2005

BeRsAmA M.A.ArRaashid


Alhamdulillah...ath-thana^ wassy-syukru liLLAh...Dengan izin Allah Ta'ala...Dia memberikan ana peluang berjumpa dengan seorang tokoh dakwah yang amat disegani dan berpengalaman... beliau telah berkecimpung dalam bidang dakwah dan tarbiyah islamiyyah berdekat lamanya... Dalam umur yang menjangkau umur emas, sekitar 70-an..dia masih lagi terus berjuang menegakkan deen allah Subanahu wa ta'ala..tak kenal penat dan lelah..walau pun terpaksa berhijrah ke sana ke mari..Seorang yang berpandangan jauh..dan berfikiran luas...Kiranya di sana kita memerlukan seorang perdana menteri atau presiden..sememangnya dia layak diletakkan tempat sebegitu...Dialah Muhammad Ahmad AdRaashid...

Tokoh yg terkenal dengan kitab Al-Muntalaq-yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia- dan banyak lagi buku2nya yg belum diterjemahkan ke bahasa ibunda kita...dan hakikatnya telahpun diterjemah ke bahasa Indonesia...Al-Muntalaq adalah siri pertama dari silsilah atau siri2 fiqh dakwah...kitab2 yg lain..Al-'Awaiq, Ar-Raqaiq, Al-Bawariq (tiada di pasaran), Al-Masar, Sina'atul Hayah, Manhajiyyah At-Tarbiyah dan Usul Ifta^ wal Ijtihad At-tatbiqi..dan bayak lagi...akan menyusul Mausu'ah Da'wah...

Kepada teman2 yang berminat, bolehlah layari web ni www.alrewak.com web ni dalam bahasa 'Arab. Syeikh M.A.ArRashid adalah penasihat bg web ni. Laman Web yang menarik berkisar tentang tarbiyah dan da'wah...juga ada ruangan khas untuk du'at dr kalangan akhawat...

Kembali kpd ketokohan 'ulama^ da'wah....MasyaAllah...dengan adanya tokoh2 sebegini...kita menjadikan mereka sebagai tauladan...mereka berjuang dengan penuh...menghabiskan seluruh kehidupan untuk Islam. Bekerja ikhlas untuk Islam. Mereka bermatlamatkan akhirat, bermanhajkan Al-quran dan As-Sunnah As-Sohihah, berqudwahkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasalllam. Taati Allah, iltizam suruhanNya, makhafatuhu (gentar dgnNya)..inilah Syiar mereka... semoga kita bersama mereka di dalam pelayaran menuju akhirat...ameen....

الأربعاء، تشرين الثاني 16، 2005

Di TgH kEsiBuKaN


Assalamualaikum... kaif halukum? maaf dah lama ana tak menulis kat blog ni... agak sibuk...dan mungkin disibukkan oleh dunia..harap kehidupan ini disibukkan dengan kerja2 ukhrawi...

Alhamdulillah..Allah Subhanahu wa ta'ala masih lagi kita peluang untuk hidup di dunia fana ini... hidup ber'ubudiyyah kepadaNya... peluang untuk hamaba2Nya bertaubat... peluang untuk hamba2Nya mempertingkatkan amalan... peluang untuk hamba2Nya meneruskan pejuangan Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam serta para sahabat ridhwanullahi 'alaihim... berjuang membentuk, mendidik jiwa muslim untuk taat dan patuh hanya sanya kepadaNya... melahirkan peribadi-peribadi muslim... yang akan membentuk masyarakat muslim... seterusnya mendirikan daulah islamiyyah yang dicita-citakan selama ini...setelah hilangnya khilafah islamiyyah yang dicintai lagi disayangi...

Kehidupan sememangnya penuh cubaan, halangan dan dugaan... itulah hidup dunia.. kerana ia ladang akhirat... memang iman muslim yang lemah ini sering turun dan naik... Alhamdulilillah... Allah sentiasa memberi peluang untuk iman itu kembali ke tahap yang minimun... insyaAllah dengan kesungguhan, iltizam, istiqamah... iman itu akan terus meningkat... sehingga mencapai halawatal iman (kemanisan iman)...


Alhamdulillah... malam semalam, ana ke rumah seorang teman. Di sana ana berkesempatan menonton beberapa sedutan video Syeikh Ahmad Yasin, syeikh syuhada^ palestin.. juga sedutan video Dr Abdul 'Aziz Ar-Rantisi... rahimahumallah..... masyaAllah... iman ini begitu berkobar-kobar...cahayanya semakin menyinari kalbu..pabila mendengar kata2 Dr Ar-Rantisi yg begitu bersemangat..penuh dgn keyakinan iman..kekuatan taqwa...tidak gentar dgn musuh Allah.. Ya Rabb.. Ya Fattah... 'ajeeb... suatu keajaiban... itulah keajaiban iman...

Ahh..tak dapat ku bayangkan...ku gambarkannya dengan kata2... hati telinga yang mendengar kata2 itu..dan mata yang melihat wajah yang bercahaya dengan sinar keimanan itu... mereka sahajalah yang dapat merasainya...Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar

buat teman2 yg beriman untuk melihat sedutan video tersebut bolehlah emailkan ke alamat ini syabab_syam@yahoo.com ... insyaAllah ana akan send kpd antum...

semoga kita beristiqamah, beriltizam dan bersabar di jalan Allah ini...

الأربعاء، تشرين الثاني 02، 2005

'iDuLFiTRi...

Assalamu'alaikum buat teman-teman yang membaca blog ana ini. Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi membaca blog ana ni. Ntah siapalah yang sudi baca blog macam ni. :)

Ramadhan kini telah berlalu...kini tiba syawal...ia pergi bersama fadhilat-fadhilatnya...pergi meninggalkan kita...akan bertemu lagikah kita dgn anugerah ini???

Janganlah kita hanya giat beribadah di dalam bulan Ramadhan sahaja...sesungguhnya Allah yang kita sembah di bulan ramadhan adalah Allah yang sama di bulan-bulan yang lain... kenapa kita hanya taat dan patuh kepadaNya di bulan mubarak ini???

Natijah atau hasil/kesan ramadhan dapat dilihat selepas ramadhan. Kiranya kita masih istiqamah dgn ibadah kita dan amalan kita, bermakna ramadhan telah meninggalkan kesan yang baik ke atas kita. Sememangnya individu sebegini amat beruntung..insyaAllah di dunia dan di akhirat.

Semoga tetap istiqamah dengan Islam kita anuti..kita istiqamah dengan program-program tarbiyyah...program yang mendidik jiwa untuk patuh kepada Allah subhanahu wa ta'ala secara total...

Sempena 'idul fitri ni ana ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

TaqabbalaLLahu to'atakum, kullu 'amin wa antum bi alfi khair.

الجمعة، تشرين الأول 28، 2005

uLaSaN KeSyUmULaN IsLaM


Alhamdulillah..Allah Subhanahu wata‘ala masih lagi memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya beriman, taat serta patuh pada suruhanNya. Sebelum ini ada teman yang mengadu agak sukar untuk memahami post ana yang ke-2 KESYUMULAN ISLAM. InsyaAllah, pada malam ini Allah memberikan ana peluang untuk mengulas secara ringkas beberapa isi penting yang perlu difahami.

Islam deen – cara hidup – hidup yang sempurna, meliputi setiap aspek kehidupan. Islam adalah deenulhaq, kerana ia bukan ciptaan atau rekaan manusia yang singkat aqalnya, yang tidak mampu hidup, melainkan dengan oksigen anugerah Allah. Ia deen samawi, yang datang daripada Pencipta untuk ciptaanNya, untuk dijadikan panduan kehidupan.

Oleh itu, segenap aspek kehidupan kita perlulah islami, ya’ni mengikut landasan yang telah ditetapkan syara’. Kita tidak boleh mengambil sebahagian atau sejuzu^ daripada Islam. Contohnya:
1) Hanya menunaikan solah, disamping itu melakukan larangan Allah seperti minum arak.
2) Melaksanakan hukum nikah kahwin dan meninggalkan hukum hudud, bahkan mencipta undang-undang lain yang difikirkan sesuai berdasarkan aqal mereka.

Seluruh kehidupan kita mestilah melebihi tingkat minima yang ditetapkan oleh Islam, dalam semua perkara. Tingkat minima Islam ialah peringkat harus, iaitu meninggal segala yang haram dan melaksanakan yang wajib. Sebagai contoh: dalam perniagaan atau jual beli...riba adalah haram, maka wajib meninggalkannya.

Untuk menghayati syumulnya Islam, maka tiap-tiap individu mestilah melalui proses tarbiyyah Islamiyyah Imaniyyah – iaitu tarbiyyah keimanan yang boleh melahirkan natijah amalan Islam. Maka setiap individu perlulah mencari murabbi (pendidik) atau teman soleh yang dapat membantu kita memahami dan mengamalkan Islam secara syumul.

Apabila kita melaksanakan Islam secara sempurna, maka akan lahirlah individu-individu muslim yang beraklaq yang melambangkan syakhsiyyah Islamiyyah yang sebenar. Keadaan ini akan mewujudkan suatu suasana yang soleh..yang menjadi contoh tauladan kepada individu lain. Semua ini sebenarnya akan membentuk kefahaman dan kesedaran Islam (wa’yul Islami) yang sebenar. Maka akan lahir selepas itu masyarakat Islam dan seterusnya daulah Islam, insyaAllah.

Hakikatnya, Islam itu dibina atas dasar yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah subhanahu wata'ala, amalan-amalan muslim itu perlulah berdasarkan nilaian Allah; bukan berdasarkan nilaian aqal fikiran yang singkat.

Ana harap ulasan ringkas ini dapat membantu ikhwah dan akhawat untuk memahami artikel yg sebelum ini...insyaAllah

FaSa tErAkHiR RaMaDHaN


nampaknya ramadhan semakin meninggalkan kita...sedihkah kita dengan pemergiannya??? hanya tinggal beberapa hari lagi...peluang kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah ta'ala... marilah merebutnya..kerana kita dijadikan untuk mengabdikan diri padaNya..

jangan kita menyibukkan diri dgn persiapan 'eid..kebanyakan manusia sibuk dgn langsirnya..bajunya...apa nak pakai raya nanti yer?? langsir ni nak kena tukar baru ni??? janganlah kita membazirkan harta kita dgn membelanjakannya berlebihan... bukankah di sana ada insan yang lebih memerlukan??? di pakistan...mangsa gempa bumi..acheh..mangsa tsunami.. dan banyak lagi...mungkin jiran kita lebih memerlukan..sanak-saudara kita yg kurang pendapatannya... cukuplah jika kita membeli sepasang baju baru...jika baju yg lama masih elok...berpada dgn yang itu...

tak elok ker kalau kita pakai baju lama?? orang pandang serong ker pada kita?? biarkan..jika manusia menganggap begitu...endahkannya... keperluan saudara-saudara kita di sana lebih utama... keredhaan Allah lebih utama dr redha manusia...ganjaranNya lebih besar, lebih hebat, lebih mahal, lebih segala-galanya dari ganjaran manusia....

الاثنين، تشرين الأول 24، 2005

FaSa TeRAkHiR RaMaDhAn


berlalu pergi hari-hari ramadhan..waktu-waktu indah buat mukmin yg menjaga taqwanya, menjaga hati, pandangan, lidah dan seluruh jasadnya untuk tunduk dan patuh hanya kepada Allah semata-mata...

kini telah kita sedang melalui saat-saat terakhir kita bersama ramadhan kali ini... bagaimanakah ramadhan kita? marilah merebut saat-saat akhir ramadhan ini dengan penuh penyerahan diri kepada Rabbul 'Izzati... sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah... membaca ayat-ayat Allah...

inginkah kita merasai ni'mat syurga yang disediakan untuk kekasih-kekasihNya? bukankah ni'mat syurga itu tiada tandingannya? ia bukan khayalan..dan juga bukan fatamorgana...

takutkah kita pada azab-azabNya yang amat pedih yang sedia menanti makhluk yang mengkufuri dan menyekutuiNya? pasti kita merasa peritnya kepanasan api dunia... bagaimanakah pula api neraka..yang berjuta2 kali ganda panasnya..?

Ya Allah... Ramadhan mereka (sahabat) amat bermakna... berikanlah kami kekuatan untuk mengikut langkah kekasih-kekasihMu...yang berjihad di siang hari...bermunajat kepada Mu di waktu dini hari...

الأربعاء، تشرين الأول 19، 2005

SedEtiK... sEjeNAk



Hari-hari berlalu...Masa terus bergerak menurut aturan Ilahi. Malangnya insan sering lupa pada diri. Lupa pada Pencipta. Hidup terus berpandukan ilah khayalan, hakiki pada pandangan mereka. Diri yang bernama pelupa sering lupa dan lalai. Mengapa diri sering lupa?


Diri lupa bila hati terleka. Leka pada Yang Esa. Leka dengan kesibukan duniawi yang mengaburi hakikat ukhrawi. Umpama musafir di sahara yang kehausan, dahagakan titisan air yang melegakan keletihan. Nun di sana kelihatan wadi yang dipenuhi air, tanaman yang subur. Bila dicapai, tiada yang digapai, kerana ia fatamorgana. Musafir beriman pasti terus mencari bekalannya, berusaha, bertawakal dan berdoa. Sumber bekalannya AlQuran dan AsSunnah.


Ramadhan baginya suatu bekalan. Suatu peluang yang ternilai buatnya. Satu pemberian, rahmah dari Ar-Rahman. Diri yang sering lupa akan berusaha mencari taqwa yang akan membantunya. Akan berusaha mempertingkatkan amalan, berusaha..dan terus berusaha... Itulah tugas hamba. Hamba pada Yang Esa hanya perlu berusaha, beramal mengikut suruhanNya. Sentiasa merindukan cintaNya, kasihNya, rahmahNya. Yang Esa tidak memerlukan apa-apa balasan. Hamba yang memerlukanNya. Hamba diberi kebebasan dengan dianugerahkan aqal dan AlQuran serta RasulNya. Maka, hargailah anugerahNya...

الجمعة، تشرين الأول 14، 2005

FASA KE-2 RAMADHAN

ALHAMDULILLAH...kini telah masuk fasa ke-2 di dalam bulan Ramadhan. Bagaimanakah kita? Bagaimana dgn fasa pertama yg telah berlalu? apa yg penting, siapa yg mengejar kasih rahmah Allah pasti menerimanya. Selangkah kita mengejar rahmah, rahmah itu datang seribu langkah menghampiri kita. Di waktu inilah pintu-pintu syurga terbuka luas untuk hamba-hambaNya..dibuka pintu taubat yang sememangnya terbuka luas utk hamba-hambaNya bertaubat sebelum terlambat...

Fasa ke-2 ini, maghfirah Ilahi sentiasa menanti hati-hati yang bersedia untuk menerima hidayahNya..bersediakah kita untuk menerima nur Allah dgn hati yg lapang, penuh rasa kesedaran dan keinsafan?

Ramadhan sememangnya bulan ibadah..tamrin..latihan..bagi hati untuk tunduk kepada Allah..latihan lidah untuk tidak berbicara, melainkan yg benar..bicara zikrullah. latihan ghaddul basar (tunduk pandangan)..agar mata ini terhindar dari azab api yg membakar...inilah tarbiyyah ruhiyyah...sememangnya ramadhan penuh dgn tabiyyah imaniyyah ruhiyyah...mendidik hati manusia..iman manusia...mendidik hati untuk taat pada perintahNya..melakukan suruhanNya..meninggalkan laranganNya...

Rabbighfirlana wa liwalidina..warhamhum kama rabbauna soghira...

الأحد، تشرين الأول 09، 2005

UKHUWWAH..RAMADHAN..

ramadhan...ni'mat..masyaAllah..tak terhingga... di waktu ramadhan golongan yg terpinggir di dalam masyarakat...fakir miskin..anak yatim..wanita2 yg kematian suami mereka..merasai kasih sayang Allah yg tak terhingga..rahmahNya..melalui tangan2 yg menghulurkan bantuan... tak lupa juga penuntut2 ilmu Allah yg menerima bantuan dr aliran sungai rahmah...

Rasulullah di waktu ramadhan bagaikan air yg mengalir dlm menghulurkan sedekah..ya Allah..di manakah kita di saat saudara2 kita memerlukan bantuan...

diri ni pula..sering merasa keberatan..malu...bila nak bantu org...kengkadang rasa kaku...tak tau nak buat apa..mcm baru ni teman serumah sakit..demam...terasa kaku nak membantu..rasa kesian jer kat hati ni...tangan tu berat jer nak picit2 ker..buatkan bubur ker...mungkin rasa kasih pada akh tersebut masih belum kukuh...

ni baru teman serumah..yg sama2 mkn sekali..mengaji sekali...program bersama..mcm mana pula dgn muslim yg jauh dr mata?..yg susah mcm di palestin..iraq..kasymir..? ya Allah.. memang hidup perlu terus bermuhasabah..bermujahadah.. beristiqamah.. muraqabah.. ikhlas.. taqwa...

dengan erti kata lain kita perlu terus istiqamah dgn tarbiyyah islamiyyah harakiyyah...yg meliputi segenap aspek kehidupan... teruskan dengan tarbiyyah... dgn datangnya ramadhan... latihan tarbiyyah lebih padat dan ganjarannya besar...marilah kita merebut peluang ini...kerana di sana kematian sering menunggu kehidupan... anda mati...seperti mana anda ditidurkan...tiada lagi peluang setelah kematian.....

الخميس، تشرين الأول 06، 2005

RAMADHAN II

Ramadhan...kini kita berada di bulan yang mulia ini.. ramai insan bercita-cita untuk memanfaatkan ramadhan.. mari kita khatam Quran..mari kita solat tarawih di masjid.. mari kita iftar jama'ei.. ahh..alangkah indahnya ramadhan...

jika pada kebiasaan hari..manusia ke sana ke mari...menjelang senja masih berkeliaran membeli belah di sana-sini..tak kira lelaki atau perempuan... bila ramdhan suasana lengang.. masing-masing pulang ke rumah untuk berbuka... pasar-pasar...jalan menjadi lengang tiada lagi insan yang berkeliaran..inilah suasana di bumi syam ini..

berlainan pula suasana di tanah air... ana masih ingat lagi lakaran kartun di majalah Dunia Islam (kalau tak silap ana) seorang penumpang teksi (wanita) bertudung di bulan ramadhan... bila ramadhan berlalu..di mana tudungnya?

begitulah insan...sepatutnya ramadhan menjadi pusat perhentian setahun sekali untuk mengambil bekalan-bekalan iman dan taqwa...bekalan ini akan digunakan sepanjang tahun sehingga bertemu dgn ramadhan yang akan datang...

manusia; terutamanya muslim...di mana-mana sahaja...keadaan mereka tetap sama...pasti di sana ada yang bertaqwa...ada yang leka...ada yang lalai...tak kiralah dia tu arab ke..melayu ke..inggeris ke... hakikatnya tetap sama... sesiapa yg beriman dan bertaqwa, merekalah yang beruntung.. dan sebaliknya; jika mengambil Islam secara juz^i atau ambil yang mana sesuai mengikut hawa nafsu mereka...inilah golongan yang rugi...

buat teman-teman..tak lupa juga diri ini, marilah kita menjadi ramadhan seolah2 ia adalah ramadhan terakhir buat kita...adakah kita merasakan kita mampu hidup hingga keesokan hari? marilah kita mencari keredhaanNya...mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan... inilah peluang yang Allah berikan buat kita... amalan pada hari itu lebih baik dari ganjaran amalan yg dilakukan selama 1000 bulan..agaknya seribu bulan tu berapa tahun? cubalah kita congak...

semoga Allah merahmati kehidupan kita dan meredhainya...

الجمعة، أيلول 30، 2005

RAMADHAN..SUATU PENANTIAN..

Assalamualaikum..alhamdulillah..hati orang yang beriman sering menunggu saat kedatangan ramadhan..ramadhan baginya suatu hadiah tidak ternilai..satu peluang yg dinantikan..yg kunjung tiba setahun sekali.. peluang utknya mendekatkan diri pd Yang Esa.. merebut rahmatNya..maghfirahNya..keredhaanNya... Ya Allah, alangkah beruntungnya golongan sebegini..
adakah aku insan sebegini menanti kedatangan Ramadhan dengan penuh debaran.. menanti pintu maghfirahNya? adakah aku bagaikan pungguk rindukan bulan..bagai majnun merindui laila..dalam merindui kedatangan Rahmat ini..?
adakah aku ibarat iblis yg membenci kedatangannya? iblis yg engkar...walaupun pd mulanya hamba yg taat..kemudian engkar krn keegoan diri...dan membenci kedatangannya..krn tiada lagi pintu maghfirah buatnya....
Di manakah aku? Di manakah kita?..
bersediakah kita utk menghadapi rahmah ini? persedian hati, aqli dan jasadi..tiga fakulti insan.. yang utama adalah hati..ruhi..iman... bersediakah kita untuk membuka hati ini..jiwa nurani ini..untuk menerima tarbiyyah Ilahiyyah ini?
Ramadhan hakikatnya suatu tamrin (latihan) khas buat orang2 beriman...inilah tarbiyyah Ilahiyyah Ruhiyyah Jasadiyyah Aqliyyah...
bersambung....

الثلاثاء، أيلول 27، 2005

SOALAN DAN JAWAPAN

MUJAHID FATHI YAKAN MENJAWAB…

SOALAN: Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh al-mar^ah al-muslimah (sohabiyyat) di zaman Rasulullah SAW dan masa kini?

JAWAB: Peranan wanita yang difitnahkan ke atas Islam ialah setakat di dapur, menyediakan makanan, melayani suami, menjaga anak dan terkurung di rumah! Sebenarnya Islam memberi peluang kepada muslimat untuk bersama lelaki menyertai harakah islamiyyah dalam amal islami mengikut syarat-syarat dan sempadan-sempadan yang telah digariskan oleh Islam; di mana muslimat boleh memainkan peranan mereka mengikut bidang mereka dalam batas-batas syara’. Sekarang mereka mempunyai peranan yang lebih besar dalam harakah Islamiyyah. Kita hendaklah menyedari yang organisasi bukan Islam memberikan peranan kepada wanita untuk menentang kita. Revolusi Rusia contohnya memberi peranan kepada wanita lebih daripada lelaki tapi bagi Islam kita ada contoh yang tersendiri lagi unik. Di mana di dalam seerah Islam terdapat sohabiyyat dalam menegakkan Islam dan penglibatan mereka dalam harakah Islamiyyah dalam segala bidangnya. Peranan penting yang dimainkan oleh mereka ialah dalam tarbiyyah (pendidikan), thaqafah (ilmu pengetahuan), ‘amal jama‘ei, jihad serta ‘amal ijtima‘ei (kerja kebajikan masyarakat) mengikut lunas-lunas syara’, syarat-syarat dan adab yang telah ditentukan oleh Islam.

(Ini merupakan satu jawapan pendek kepada satu soalan bertulis di Muzakarah Islam (FOSIS) di Birmingham)


ABU A’LA MAUDUDI MENJAWAB...

SOALAN: Masalah wanita adalah merupakan masalah yang belum kunjung selesai sampai ke hari ini. Bagaimana cara-cara penyelesaiannya?

JAWAB: Cara-caranya menurut keyakinan saya ialah dengan melalui pendidikan dan bimbingan (tarbiyyah). Wanita dalam masyarakat orang-orang Islam terbahagi kepada dua; Pertama: yang memelihara Deennya dan tidak mahu terpengaruh dengan sebarang kebudayaan (cara hidup) yang datang dari Barat, keduanya: ialah yang terpengaruh dengan budayaan barat dan semboyan-semboyan yang ditiupkan oleh wanita-wanita barat dalam mendapatkan hak-hak politik yang sama dengan lelaki.

Golongan pertama ini mestilah mempertahankan dan menjaga hak-haknya yang telah diberikan oleh Islam, sedangkan golongan kedua adalah yang perlu menjadi sasaran perhatian kita untuk mendidik dan menyedarkan mereka dan memberikan mereka hak-hak yang selaras dengan kehendak Islam.

Sebenarnya Islam telah memberikan kepada wanita itu hak-hak yang mereka perlukan, yang tidak akan dapat mereka terima dari sistem-sistem yang lain ciptaan manusia. Kita mestilah menempatkan wanita dengan kehendak Islam.

Adapun masalah ‘hijab’, tidaklah bijaksana memaksanya ke atas wanita dengan kuasa undang-undang, tetapi dengan menciptakan suatu suasana atau iklim (bi^ah) yang sesuai untuk memungkinkan wanita itu memilih hijab bagi diri mereka yang lahir dari dorongan iman dan hati nuraninya. Sebagai contoh mahasisiwi Fakulti Perubatan di Universiti Lahore di Pakistan, 90% daripada mereka memakai hijab yang didorong oleh kesedaran Deen yang ada pada mereka.

Wanita terpelajar kita mestilah disedarkan bahawa peradaban barat, yang ia anuti adalah telah menipunya. Ia mensucikan sistem itu walaupun akan melucutkan kemanusiaannya sendiri dan menempatkannya pada darjat yang hina. Bahawa wanita adalah alat untuk mendapatkan kelazatan lahiriyyah semata-mata, ini anggapan orang, sedangkan Islam telah meletakkan wanita itu pada tempatnya yang layak selaras dengan kemanusiaannya.

(Dipetik dari wawancara seorang wartawan majalah Ad Dakwah, Kahirah dengan Al-‘Allamah Abul A’la Al-Maududi pada 27 Mac 1979)

الأحد، أيلول 25، 2005

PUISI KEKASIH

Bunga menguntum indah, menyeri memerah
Dipuji dengan berbagai bagai madah
Esok bunga jatuh gugur
Serpih demi serpih, tanpa daun dan kelopak.

Isteriku
Engkau bukan bunga yang akan layu
Dan aku bukan kumbang yang akan dirayu
Lambang bunga lambang sementara
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya
Daerah kita bukan daerah cinta
Bukan masanya untuk memujuk kekasih merajuk
Tiada senda gurau memanjang
Kerana kita dalam berjuang

Di sini uda dan dara telah berkubur
Kita bina atasnya jihad yang subur
Bumi kita bumi payah
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah
Bila aku menjejak tapak Yasir
Ikutilah dibelakang ku sebagai Sumaiyah
Bila kau katakan pada mu: Perjuangan itu pahit
Kau katakan kembali: Syurga itu manis

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Maju cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulut telah kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk cemburu
Tidak seperti dahulu

Kerana kini kau seorang mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah, pudar dan hambar di mata mu
Padaku yang baru belajar menjadi seorang mujahidah
Aku hanya mampu mendoakan agar kau menjadi seperti Yasir
Walaupun kiranya aku bukan seperti Sumaiyah
Dalam tangis ku cuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti redhonya Siti Hajar waktu ditinggalkan Ibrahim
Biar kita berpisah selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka itu dipagari ribuan nikmat.

P/S: Puisi ini ana tak tahu siapa penulisnya. Semoga penulisnya mendapat ganjaran dan kedudukan yang mulia di sisi Allah.

الجمعة، أيلول 23، 2005

KESYUMULAN ISLAM

Oleh: Abu Muhammad

Islam merupakan suatu peraturan yang lengkap dan meliputi semua urusan kehidupan manusia. Rupabentuk sebegini adalah suatu hakikat yang benar dan bukan hanya dakwaan sahaja. Islam itu meliputi segala amalan, tingkahlaku dan aspek kehidupan manusia. Di realiti masyarakat hari ini, ramai orang mengatakan bahawa Islam itu syumul tetapi dalam amalan tidak menggambarkan kesyumulan Islam. Kebanyakan masyarakat kita terutama yang belajar tentang Islam mengetahui dan mengatakan bahawa Islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia tetapi apabila tiba di marhalah amalan, maka ramai yang tercicir.

Hakikat di atas terjadi kerana tidak pernah mengalami proses-proses seperti yang ditunjuki oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Hanya dengan proses ini sahaja akan lahir kesyumulan Islam. Andai proses lain yang berlaku, maka Islam mungkin juga lahir tetapi tidak syumul, bersifat juz’i dan tempelan. Untuk menghayati syumul Islam, tiap-tiap individu mestilah melalui tarbiyyah – iaitu tarbiyyah keimanan yang boleh melahirkan natijah amalan Islam.

Syumul Islam yang dikehendaki ialah syumul yang meliputi semua aspek. Seluruh kehidupan mestilah melebihi tingkat minima yang ditetapkan oleh Islam, dalam semua perkara. Kita tidak mahu dalam sesuatu perkara itu sampai ke peringkat maksima manakala dalam suatu aspek yang lain tidak sampai pun dalam peringkat yang minima. Jadi inilah yang dikehendaki – di mana mesti melebihi tingkat minima dalam segala aspek.

Sebagai contoh, dalam masyarakat hari ini banyak berlaku di mana dalam masalah solah sampai keperingkat maksima tetapi dalam masalah ‘Aqidah masih lagi belum selesai. Jadi dari manakah datangnya pendorong ketinggian solah tadi?

Seorang muslim tidak boleh mengatakan bahawa “ini urusan saya”. Sebenarnya semua urusan adalah bersangkut dengan Islam. Kata-kata sebegitu adalah salah. Apa yang berlaku bukan sekadar kata-kata sahaja, tetapi dalam praktik masyarakat nampak sebegitu. Oleh yang demikian, tidak ada satu ummah yang syumul – ummah contoh. Asy syahid Sayyid Qutb pernah menjelaskan bahawa memang ada orang-orang yang dapat menghayati syumul Islam tetapi tidak terkumpul – bertaburan di merata-rata. Dengan itu tidak nampak suatu gambaran sibghah kesyumulan Islam.

Di dalam masyarakat kita jelas bahawa yang paling asas pun belum selesai, iaitu di peringkat “mesti” (minima) masih tidak selesai. Bukan dalam hal-hal tambahan tetapi dalam soal-soal “mesti” pun belum selesai. Maka oleh itulah kita perlu kembali mengikut tarbiyyah untuk mencapai peringkat minima (dalam semua hal).

Dalam semua tindakan kita, mesti dipadankan dengan Islam. Inilah yang paling asas dan paling awal. Kalau ada tindakan yang tidak membawa kepada takwin wa’yil islami (pembentukan kefahaman dan kesedaran Islam), maka tindakan itu adalah suatu kerugian dan sia-sia. Wa’ Islam mestilah berdasarkan keimanan dengan penuh insaf, faham dan sedar. Oleh yang demikian semua tindakan, program, amalan dan aktiviti kita mestilah dipastikan bahawa adakah ianya ke arah takwin wa’ Islam – dalam setiap masa.

Tarbiyyahkan diri kita sehingga kita merasai tanggungjawab terhadap Islam. Rasa tanggungjawab ini perlulah dibendung agar menguasai diri kita dalam semua ketika dan berterusan pula. Kalau tidak, maka mungkin kita boleh dakwa sahaja tetapi dalam amalan ia tidak lagi dapat mendorong jiwa kita. Kesedaran tadi tidak lagi menjadi munazim (penggerak).

Amalan yang tidak ke arah takwin wa’ Islami adalah dikira tidak berfaedah. Dalam semua amalan – samada belajar kita atau kerja kita mestilah ke arah takwin wa’ Islami. Jadi dalam semua amalan, kerja seharian mestilah ke arah takwin wa’ Islami. Seorang guru, apa yang diajarnya kalau tidak ke arah wa’ Islami maka adalah suatu yang rugi – kita anggap tidak berfaedah langsung. Semua pemikiran, amalan dan tingkah laku kita mesti ke arah wa’ Islami. Kalau tidak semua amalan, usaha, pengorbanan sebagai tidak berfaedah, sia-sia serta membazir.

Kita mesti meletakkan matlamat ini dulu. Kalau tidak, kita akan mengutamakan yang lain seperti kerja kita, anak kita dan sebagainya. Semua apa dalam amalan kita dalam hidup seharian kita mesti ditentukan ke arah takwin wa’yin Islami. Belajar, riadhah, ziarah, mengeluar walau 10 sen, mesti semua ke arah takwin wa’yin Islami. Kalau kita buat begini baru kita sampai kepada kesyumulan Islam. Kalau tidak, dalam kita hendak syumul Islam kita masih juga lakukan perkara yang tidak syumul Islam.

Kalau perbuatan kita tidak digerakkan oleh keimanan, maka tidak akan sampai kepada kesyumulan Islam dalam penghayatan. Mesti perbuatan kita datang dari keikhlasan dalam melaksanakan Islam. Takwin mestilah mengikut sepertimana tarbiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Kalau tidak mengikut ini, maka tidak menghasilkan natijah yang benar.

Bukan sekadar amalan harian, tetapi pemikiran juga mesti ke arah takwin wa’yin Islami. Tidak boleh membenarkan otak kita dimasuki oleh pemikiran lain. Kita mesti susun tarbiyyah kita meliputi:
Tarbiyyah Ruhiyyah; dengan ‘Aqidah dan Iman kepada Allah.
Tarbiyyah Badaniyyah; dengan riadhah dan rehlah.
Tarbiyyah ‘Aqliyyah; dengan ilmu.

Perlu dijelaskan di sini, bahawa kita mengenal pemikiran-pemikiran lain tetapi kita tidak beri pemikiran lain itu masuk. Tidak boleh campuraduk dengan pemikiran lain. Proses pendidikan perlu dijalani betul-betul – dengan sumber-sumber yang betul lagi sahih maka barulah pemikiran lain itu dapat ditolak.

Islam dibina atas dasar yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah subhanahu wata’ala. Ia bukan dibina di atas asas yang lain seperti perpaduan, sukan, keturunan, harta, politik, ekonomi, perkauman, faktor ilmu alam dan sebagainya. Kalau asas iman ini tidak jelas, maka fikrah kita akan mudah bercampur.

Islam sahaja yang membentuk dan menyusun kita dalam semua hal. Banyak orang boleh mengatakan demikian, tapi yang kita mahu ialah dalam praktik hidup kita. Kalau hanya dakwaan tanpa praktik maka perkataan tadi adalah suatu alat kepada sistem jahiliyyah itu sendiri, sebagai suatu tarikan kepada suatu kegelapan yang lebih teruk. Kalau tidak diproses betul-betul kita akan mengizinkan yang lain untuk menjayakan hidup (ikut nilai duniawi) sedangkan kejayaan kita ikut nilai Allah tidak nampak pun.

Kita mesti menilai dengan nilaian Allah Subhanahu wa ta’ala. Tidak boleh kita kompromi/ syarikatkan Allah Subhanahu wata’ala dengan yang lain. InsyaAllah, kalau kita tarbiyyah betul-betul yang ini tidak akan terjadi. Kalau masih mengambil yang lain maka kita termasuk ke dalam golongan yang beriman sebahagian al Kitab dan kufur kepada yang lain, Na’uzubullahi min zalik. Kalau kita boleh biarkan yang lain menyusun hidup kita, dalam praktik hidup kita.

Amalan kita sendiri yang melahirkan kefahaman kita. Sahabat-sahabat Rasulullah kita dapat fahami syumul Islam dari amalan mereka. Mereka corakkan hidup mereka dengan sibghah Allah Subhanahu wata’ala dalam amalan mereka. Generasi lain tidak nampak sibhah ini kerana tarbiyah itu tidak lagi sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam (mula di zaman khilafah ‘Abasiyyah) – kerana kemajuan kebendaan menjadi sumber yang lain.

Hukum Islam yang meliputi semua amalan manusia terdiri dari wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Tingkat minima Islam ialah peringkat harus, iaitu meninggal segala yang haram dan menerima segala yang wajib. Yang anehnya ada di satu peringkat seperti pakaian sampai ke peringkat maksima tapi dalam segi yang lain tak sampai kepada yang minima. Nampak amalan Islam tapi ‘aqidah tidak selesai.

Anggota harakah mestilah selesai dalam semua peringkat ini. Tinggal semua haram dan laksanakan semua yang wajib. Ini bukan makna kita nak ‘out’ orang lain. Tapi inilah syarat untuk seorang Islam. Kalau tak cukup syarat ini bukan kita nak kata dia bukan Islam tapi kita kena tarbiyyah dia sampai ke peringkat minima syumul Islam. Baru sibghah Islam itu akan nampak. Selepas itu barulah dia boleh meningkat dengan melakukan sunat dan membuang yang makruh. Semua sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah selesai tingkat minima.

Selepas itu baru Islam digeruni oleh ummat yang lain. ‘Aqidah ummat kita sekarang ini terlalu murah. Oleh itu kita nak proses semula. Walaupun sedikit tetapi syumul Islam telah dapat dilihat. Banyak tapi tidak selesai syarat ini adalah tidak menampakkan syumul Islam. Jadi kita mahu sekurang-kurangnya yang wajib dan haram itu selesai. Yang sunat dan makruh terserah kepada individu. Apabila sunat dilakukan dan yang makruh ditinggalkan, maka dengan sendiri berlaku peningkatan.

Oleh itu banyak kerja kita dalam rangka untuk membangun kembali. Tidak ada rasa futur atau lemah tetapi tetap untuk mendirikan ummah. Bukanlah kita dapat memberi hidayah tetapi kita hanya bertugas memberi penjelasan.
“Engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk”.
Tugas kita hanya menunjuk jalan ke arah petunjuk. Untuk takwin sampai ke peringkat minima. Bila ada banyak unit-unit sebegini maka insyaAllah berjayalah kita nampakkan syumul Islam.

Asy Syahid Hasan Al Banna menjelaskan bahawa ‘Target kita untuk membentuk unit-unit yang selesai tingkat minima, maka akan nampaklah Islam itu yang sebenar’.

Sampai ke sini barulah wa’ Islami sama dengan wa’ yang lain. Inilah matlamat dekat kita. Untuk dapat yang ini perlu ada unit untuk takwin hingga selesai tingkat minima. Bila unit banyak maka akan wujudlah masyarakat Islam.

Hukum-hukum Islam meliputi:
i. ‘Aqidah atau Iman: Iman yang membentuk amali bukan berbentuk teori dan hafalan.
Amalan kita memperlihatkan keimanan kepada rukun-rukun Iman. Apa sahaja yang kita lakukan ada konteks dengan keimanan.

Sistem pendidikan kini tidak langsung menghubungkan Islam dengan amalan. Tapi bagi tarbiyyah kita, tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah tidak memisahkan amalan dengan ‘Aqidah. Ada masyarakat yang mengatakan bahawa pakaian tidak bersangkut dengan iman. Iman duduk di dalam. Ini adalah suatu anggapan yang salah. Walaupun iman itu berada di dalam tapi mesti disahkan dengan amalan.

Kalau tidak disahkan oleh amalan, maka itu bukan iman. Iman yang macam ini perlu diproses semula – dengan segera. Kalau tidak, semua jentera jahiliyyah meneruskan iman yang macam ini. Sedangkan kita dengan kelemahan dan kekurangan. Tetapi kita mestilah bersama-sama Allah. Sesungguhnya kekuatan Allah melebihi yang lain.
Firman Allah subhanahu wata’ala:

Maksudnya: ‘berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang besar dengan izin Allah’.

Inilah kekuatan ‘Aqidah yang sebenarnya, yang hendak kita bentuk. Yakin mutlak dengan kekuatan Allah Subhanahu wa ta’ala.

‘Aqidah juga menentukan hubungan seseorang itu dengan makhluk-makhluk yang lain. Kalau ‘aqidah tidak selesai maka akan salahlah hubungan dia dengan makhluk-makhluk lain. Apabila ‘aqidah ini selesai, maka yang lain juga akan selesai. Juga semua masalah yang timbul tidak akan dapat diselesaikan dengan kaedah atau asas yang lain (seperti ekonomi, politik dan sebagainya.

Masalah tidak akan selesai dengan semangat tanpa ‘Aqidah. Amalan kita ikut ‘aqidah mana yang kuat. Kalau kebangsaan (‘asobiyyah) kuat, maka dia ikut nilai kebangsaan. Realiti kini dia campur macam-macam (kebangsaan, harta, pangkat, keselamatan dan sebagainya). Kalau nilai harta kuat maka jadilah macam-macam – samun, rompak, menipu, penting diri sendiri, menindas dan sebagainya. Kebangsaan tidak mengharamkan rasuah dan sebagainya.

Dengan guna nilai-nilai tadi memang boleh capai kejayaan, ikut nilai manusia contohnya kemerdekaan. Tapi apabila hendak teruskan maka tidak boleh lagi (kerana ‘aqidah tidak selesai). Menyelesaikan ‘aqidah adalah satu proses yang cukup besar. Bukan suatu yang main-main.

Kebebasan kita adalah kebebasan daripada dikuasai oleh yang lain selain Allah Subhanahu wata’ala. Kalau tiada proses kadang-kadang kita dikuasai oleh benda-benda yang tidak munasabah. Kita mesti pastikan Allah sahaja yang kuasai diri kita. Barulah Islam betul-betul berfungsi dalam hidup kita. Ayat-ayat Allah tidak berfungsi kerana ‘aqidah kita tidak pernah diproseskan. Jadi kita mesti mula dengan pembebasan ‘aqidah.

ii. Akhlak: Apa yang mesti ada pada Muslim. Al-Quran itu mencerminkan akhlak mukmin. Al-Quran mesti diambil sebagai sumber akhlak.
iii. Hubungan antara manusia dengan Allah – Ibadah.
iv.
Hubungan sesama manusia: muslim dengan muslim dan sebagainya.
a. Usrah (keluarga): nikah kahwin, talaw, nafqah, pusaka dan lain-lain. Setiap orang mesti fahami perkara-perkara ini.
b. Pergaulan harian: jual beli, pinjam meminjam, sewa menyewa, gadai menggadai dan lain-lain.
c. Hubungan dengan non-muslim.
d. Hubungan negara Islam dengan negara yang lain (masa aman, perang dan lain-lain)

Hukum-hukum ini banyak yang tidak berfungsi. Sebab itu perlu jihad yang sungguh-sungguh agar Ahkam ini berfungsi kembali dalam hidup kita.

الخميس، أيلول 22، 2005

Sa'adah...Kebahagiaan


Assalamualaikum...alhamdulillah...sa'adah atau kebahagiaan... idaman setiap insan...
Kehidupan insan bertunjangkan iman, maka imanlah punca kebahagiaan. Iman merupakan keyakinan di dalam hati, diikrarkan dengan lisan dan dilahirkan dalam amalan. Amalanlah bayangan bagi iman seseorang. Amalannya sentiasa berteraskan syariat Ilahi, kerana dia yakin bahawa syariat Ilahi itu lengkap, sempurna, meliputi seluruh aspek kehidupan.
Tiada yang indah di dunia ini melainkan keindahan merasai ni'mat iman yang sejati. Bersama-samalah kita mendidik diri untuk mencintaiNya, kerana tanpa cinta, hakikat keimanan tidakkan tercapai. Marilah kita menjaga Hubungan Dengan Allah Ta'ala (HDA).