الأربعاء، تشرين الأول ١٩، ٢٠٠٥

SedEtiK... sEjeNAk



Hari-hari berlalu...Masa terus bergerak menurut aturan Ilahi. Malangnya insan sering lupa pada diri. Lupa pada Pencipta. Hidup terus berpandukan ilah khayalan, hakiki pada pandangan mereka. Diri yang bernama pelupa sering lupa dan lalai. Mengapa diri sering lupa?


Diri lupa bila hati terleka. Leka pada Yang Esa. Leka dengan kesibukan duniawi yang mengaburi hakikat ukhrawi. Umpama musafir di sahara yang kehausan, dahagakan titisan air yang melegakan keletihan. Nun di sana kelihatan wadi yang dipenuhi air, tanaman yang subur. Bila dicapai, tiada yang digapai, kerana ia fatamorgana. Musafir beriman pasti terus mencari bekalannya, berusaha, bertawakal dan berdoa. Sumber bekalannya AlQuran dan AsSunnah.


Ramadhan baginya suatu bekalan. Suatu peluang yang ternilai buatnya. Satu pemberian, rahmah dari Ar-Rahman. Diri yang sering lupa akan berusaha mencari taqwa yang akan membantunya. Akan berusaha mempertingkatkan amalan, berusaha..dan terus berusaha... Itulah tugas hamba. Hamba pada Yang Esa hanya perlu berusaha, beramal mengikut suruhanNya. Sentiasa merindukan cintaNya, kasihNya, rahmahNya. Yang Esa tidak memerlukan apa-apa balasan. Hamba yang memerlukanNya. Hamba diberi kebebasan dengan dianugerahkan aqal dan AlQuran serta RasulNya. Maka, hargailah anugerahNya...

ليست هناك تعليقات: