الجمعة، تشرين الأول ٢٨، ٢٠٠٥

uLaSaN KeSyUmULaN IsLaM


Alhamdulillah..Allah Subhanahu wata‘ala masih lagi memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya beriman, taat serta patuh pada suruhanNya. Sebelum ini ada teman yang mengadu agak sukar untuk memahami post ana yang ke-2 KESYUMULAN ISLAM. InsyaAllah, pada malam ini Allah memberikan ana peluang untuk mengulas secara ringkas beberapa isi penting yang perlu difahami.

Islam deen – cara hidup – hidup yang sempurna, meliputi setiap aspek kehidupan. Islam adalah deenulhaq, kerana ia bukan ciptaan atau rekaan manusia yang singkat aqalnya, yang tidak mampu hidup, melainkan dengan oksigen anugerah Allah. Ia deen samawi, yang datang daripada Pencipta untuk ciptaanNya, untuk dijadikan panduan kehidupan.

Oleh itu, segenap aspek kehidupan kita perlulah islami, ya’ni mengikut landasan yang telah ditetapkan syara’. Kita tidak boleh mengambil sebahagian atau sejuzu^ daripada Islam. Contohnya:
1) Hanya menunaikan solah, disamping itu melakukan larangan Allah seperti minum arak.
2) Melaksanakan hukum nikah kahwin dan meninggalkan hukum hudud, bahkan mencipta undang-undang lain yang difikirkan sesuai berdasarkan aqal mereka.

Seluruh kehidupan kita mestilah melebihi tingkat minima yang ditetapkan oleh Islam, dalam semua perkara. Tingkat minima Islam ialah peringkat harus, iaitu meninggal segala yang haram dan melaksanakan yang wajib. Sebagai contoh: dalam perniagaan atau jual beli...riba adalah haram, maka wajib meninggalkannya.

Untuk menghayati syumulnya Islam, maka tiap-tiap individu mestilah melalui proses tarbiyyah Islamiyyah Imaniyyah – iaitu tarbiyyah keimanan yang boleh melahirkan natijah amalan Islam. Maka setiap individu perlulah mencari murabbi (pendidik) atau teman soleh yang dapat membantu kita memahami dan mengamalkan Islam secara syumul.

Apabila kita melaksanakan Islam secara sempurna, maka akan lahirlah individu-individu muslim yang beraklaq yang melambangkan syakhsiyyah Islamiyyah yang sebenar. Keadaan ini akan mewujudkan suatu suasana yang soleh..yang menjadi contoh tauladan kepada individu lain. Semua ini sebenarnya akan membentuk kefahaman dan kesedaran Islam (wa’yul Islami) yang sebenar. Maka akan lahir selepas itu masyarakat Islam dan seterusnya daulah Islam, insyaAllah.

Hakikatnya, Islam itu dibina atas dasar yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah subhanahu wata'ala, amalan-amalan muslim itu perlulah berdasarkan nilaian Allah; bukan berdasarkan nilaian aqal fikiran yang singkat.

Ana harap ulasan ringkas ini dapat membantu ikhwah dan akhawat untuk memahami artikel yg sebelum ini...insyaAllah

ليست هناك تعليقات: